• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Selangor Jangan Politikkan Pelaksanaan ECRL

oleh Ahmad Albab
27/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa tidak mensabotaj apatah lagi mempolitikkan usaha Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan pembangunan negara dan rakyat menerusi pembangunan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Gesaan itu dibuat anggota Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi susulan kenyataan syarikat pemilik projek berkenaan, Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) semalam bahawa setakat ini, hanya kerajaan Selangor yang masih belum memberi kelulusan tanah untuk pelaksanaan projek mega tersebut.

Budiman berkata, negeri-negeri lain yang terlibat dalam jajaran projek itu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang telahpun memberi kelulusan tanah masing-masing kepada MRL sekali gus membolehkan kerja-kerja pembinaan ECRL dimulakan sejak November lepas.

“Saya tidak pasti apakah alasan kerajaan Selangor masih belum memberikan kelulusan tanah kepada MRL untuk melaksanakan jajaran ECRL di negeri ini membabitkan jarak kira-kira 80 kilometer (km) bermula dari Gombak ke Pelabuhan Klang.

“Sepatutnya kerajaan negeri perlu memberi perhatian penuh dan menyegerakan proses kelulusan tanah terhadap projek berkepentingan nasional ini, bukannya melambat-lambatkannya atau cuba menjadikannya sebagai isu politik,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pembinaan ECRL sepanjang 688 kilometer akan menghubungkan ne­geri-negeri pantai timur dengan fasa pertama melibatkan laluan landasan kereta api elektrik me­lalui Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dengan jajaran sepanjang 531.6 km dan jajaran sisihan sepanjang 68.7 km.

Budiman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang pada masa sama mahu kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya tidak ‘menyempitkan’ pandangan mereka sehingga gagal melihat manfaat besar yang bakal diperolehi hasil pembinaan laluan sepanjang 688 kilometer dengan kos RM55 bilion itu.

Ini kerana, beliau berkata ECRL yang diilhami Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu bukan sahaja bertujuan menyediakan kemudahan infrastruktur negara dan menaik taraf pengangkutan awam di luar bandar, sebaliknya projek itu mampu memangkin serta menyamaratakan taraf ekonomi antara wilayah Pantai Timur dan Pantai Barat.

Semalam, Ketua Pembinaan MRL Noor Azlan Salleh dilaporkan berkata, sehingga kini kerajaan Selangor masih belum meluluskan tanah kepada syarikat itu untuk melaksanakan projek ECRL di negeri berkenaan meskipun permohonan telah dibuat pihaknya sebelum ini.

Kelewatan kelulusan tanah itu berkemungkinan akan memberikan implikasi besar terhadap pelaksanaan projek itu yang menghubungkan Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan Pelabuhan Klang serta dijangka siap pada 2024. – BERNAMA

Tags: ECRLKerajaan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd