• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Komited Bincang Isu Berita Palsu

oleh Ahmad Albab
08/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk membincangkan mengenai pembentukan undang-undang baharu berhubung berita palsu yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Mac depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perkara itu perlu diselesaikan dengan segera kerana ia berkait rapat dengan keselamatan negara, tidak hanya berpaksikan politik semata-mata.

“Ia juga untuk mengelak pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas isu ini.

Justeru, pihak pembangkang diminta untuk memberikan kerjasama dan tidak membuat tuduhan melulu atas pelaksanaan akta tersebut,” katanya selepas menandatangani perjanjian tambahan antara kerajaan dan Pertubuhan Perundingan Undang-Undang-Asia Afrika (AALCO), di sini hari.

Perjanjian tersebut bertujuan untuk merasmikan penamaan semula Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA) sebagai Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) bersempena ulang tahunnya yang ke-40, hari ini.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Azalina bersama Setiausaha Agung AALCO Prof Kennedy Gastorn.

Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) bertujuan untuk mengukuhkan lagi kedudukan serantau dan kehadirannya secara global, mengubah namanya sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula yang lebih besar selepas meluluskan Akta Timbang Tara (Pindaan) 2018 yang telah diwartakan pada 10 Jan tahun ini.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Peguam Negara dan Pengerusi Lembaga Penasihat KLRCA, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan bekas setiausaha Agung AALCO Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad. – BERNAMA

Tags: berita palsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr. Fuziah Salleh menafikan dakwaan tular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd