• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepimpinan Pembangkang Bakal Pincangkan Negara

oleh Ahmad Albab
25/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi dua senario barisan kepimpinan pembangkang yang bakal pincangkan negara jika blok pakatan itu dapat merampas tampuk pemerintahan negara kelak.

Perdana Menteri membayangkan pembangkang akan kekal sibuk berebut jawatan perdana menteri selama lebih dua tahun pemerintahan sebelum mereka dapat memulakan kerja untuk berkhidmat kepada rakyat.

Namun jika rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN), gagasan itu dapat memulakan khidmat bakti untuk rakyat serta-merta selepas pilihan raya kerana mempunyai barisan kepimpinan yang kukuh lagi mampan, katanya menerusi catatan terkini di blog NajibRazak.com bertajuk ‘Kepimpinan Pakatan Pembangkang Bakal Pincangkan Negara’.

Perdana Menteri berkata setelah perbalahan sengit saban tahun berebut kuasa, pembangkang akhirnya meletakkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, masing-masing sebagai calon perdana menteri serta timbalan perdana menteri.

Namun, katanya pencalonan pihak pembangkang kali ini sebenarnya menunjukkan betapa rapuhnya kepimpinan tertinggi mereka sekiranya dibiarkan memerintah.

Najib berkata hal ini kerana calon perdana menteri mereka iaitu Dr. Mahathir dikatakan hanya sementara sahaja kerana jawatan tersebut akan diserahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah beliau dibebaskan.

Membayangkan dua senario yang boleh berlaku, Najib berkata pertamanya, Dr. Mahathir tidak akan melepaskan jawatannya kepada Anwar kerana umum mengerti bekas perdana menteri itu menganggap semua pemimpin lain tidak betul.

“Memetik kata-kata Tun (Dr. Mahathir) pada 2016, tidak mungkin beliau akan membenarkan seorang yang bermasalah moral menjadi perdana menteri.

“Malah Tun juga pernah mengatakan yang Datuk Seri Anwar sudah terlalu tua untuk memimpin negara dan pastinya PKR akan memberontak sekiranya Tun (Dr. Mahathir) memilih untuk membolot kuasa,” kata perdana menteri.

Senario kedua, kata Najib: “Kalaulah Tun Dr. Mahathir memilih untuk U-turn dan melepaskan jawatan beliau kepada Anwar sekalipun, akibatnya jawatan perdana menteri dan timbalannya, akan disandang oleh sepasang suami isteri.

“Inilah nepotisme tahap paling kritikal yang diamalkan mereka. Dan sudah tentu rakyat akan memberontak struktur kepimpinan seolah-olah mereka merajai Malaysia,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakpembangkang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

06/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri itu dijadikan fokus kempen oleh Pakatan Harapan (PH)...

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong mendakwa MCA tidak seperti DAP yang lantang menyuarakan banyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd