• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemudahan Terbaik Buat Mangsa Banjir Di PPS

oleh Ahmad Albab
04/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan negeri akan memastikan semua mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) banjir menerima segala kemudahan sebaik mungkin.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata beliau berpuas hati melihat kemudahan yang disediakan di dua pusat pemindahan pagi ini.

“Kita akan memastikan bantuan makanan, minuman diberi sebaik mungkin kepada mangsa. Selain itu Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak juga menempatkan doktor untuk memeriksa serta memastikan kesihatan mangsa terjaga,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawantakuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata demikian kepada pemberita selepas melawat PPS di Masjid Darul Mustaqin Kampung Buntal yang menempatkan 125 mangsa daripada 20 keluarga di sini, hari ini.

Sementara itu, jurucakap JPBNS berkata sebanyak 554 mangsa daripada 158 keluarga ditempatkan di lapan pusat pemindahan setakat tengah hari ini.

Sebanyak lapan pusat pemindahan baharu dibuka setakat tengah hari ini, berbanding lima pagi tadi.

“Tiga pusat pemindahan tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Haji Bujang Rangawan Putin, Sadong Jaya (84 mangsa) dan Masjid Kampung Seruyuk, Simunjan (80 mangsa) di Bahagian Samarahan.

“Di Serian pula, sebuah pusat pemindahan baharu dibuka di Dewan Lintang Baru, Kampung Lintang Baru menempatkan 64 mangsa,” katanya. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirPPS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terpaksa Bersalin Di Pintu Helikopter

Next Post

Kekang Berita Palsu Bukan Untuk Kepentingan Politik

Related Posts

Kebakaran Paip Gas: 529 Ditempatkan Di Dua PPS, 111 Dirawat – 13 Di Zon Merah

Kebakaran Paip Gas: 529 Ditempatkan Di Dua PPS, 111 Dirawat – 13 Di Zon Merah

02/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Seramai 111 mangsa mendapatkan rawatan di hospital susulan kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights,...

Kebakaran Saluran Gas: Kerajaan Selangor Aktifkan PPS

Kebakaran Saluran Gas: Kerajaan Selangor Aktifkan PPS

01/04/2025
0

Shah Alam: Kerajaan Selangor telah mengaktifkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights bagi menyediakan tempat perlindungan sementara kepada...

Next Post

Kekang Berita Palsu Bukan Untuk Kepentingan Politik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd