• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejadian Buli Di Sekolah Di Pahang Menurun

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kejadian buli di sekolah di Pahang menunjukkan penurunan pada 2017, kata Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Jamaluddin Kudin.

Beliau berkata sepanjang tahun lalu, 26 kes buli dilaporkan berbanding 40 kes pada 2016 dengan Lipis mencatatkan lapan kes, diikuti Bentong (tujuh kes) dan Raub (lima kes).

Bera dan Pekan masing-masing mencatatkan dua kes manakala satu kes masing-masing direkodkan di Maran dan agar tidak menyembunyikan kes buli supaya perkara ini dapat ditangani sebaik mungkin.

“Gejala buli sudah lama berlaku dan ia memerlukan pemantauan agar dapat dibanteras seterusnya mengelak kejadian lebih teruk berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Kempen Anti Buli Sekolah Berasrama peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan Hajah Sultanah Kalsom di sini, hari ini.

“Polis Pahang akan menjalin kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dalam melaksanakan Kempen Anti Buli di sekolah berasrama penuh di negeri ini, dengan harapan dapat memberi kesedaran kepada pelajar,” katanya.

Jamaluddin berkata polis juga telah merancang pelbagai program di sekolah sebagai pendekatan untuk mendidik pelajar agar menjauhi buli.

Antara program itu ialah memantapkan Persatuan Kor Kadet Polis di setiap sekolah yang menjadikan pelajar lebih berdisiplin, di samping mengadakan kursus kepimpinan iaitu Kem Pemimpin Muda Pahang, katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: kes bulipelajar sekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Langgar Pelajar Sekolah: Pegawai Polis Terlepas Hukuman Mati, Ganti Penjara 90 Bulan

Kes Langgar Pelajar Sekolah: Pegawai Polis Terlepas Hukuman Mati, Ganti Penjara 90 Bulan

28/10/2026
0

IPOH - Pegawai kanan polis, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak terlepas hukuman mati selepas pertuduhan membunuh seorang pelajar Tingkatan...

Nyawa Pelajar Sekolah Bukan Bahan Eksperimen Dasar – Akmal Saleh

Nyawa Pelajar Sekolah Bukan Bahan Eksperimen Dasar – Akmal Saleh

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiap kejadian keganasan membabitkan pelajar tidak boleh lagi dianggap sebagai kes terpencil sebelum disusuli kenyataan simpati dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd