• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Sabah Rampas 8kg Syabu RM570,000 Di KKIA

oleh Ahmad Albab
01/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas dadah jenis Methamphetamine atau syabu seberat 8 kilogram bernilai kira-kira RM570,000 ketika pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini Ahad lepas.

Pengarah JKDM Sabah Datuk Hamzah Sundang berkata dadah itu ditemui di dalam bagasi seorang penumpang lelaki yang tiba di KKIA kira-kira pukul 11.30 malam, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Pegawai Kastam KKIA mengimbas bagasi dan mendapati ada barangan mencurigakan di dalamnya. Apabila diperiksa didapati lapan bungkusan teh hijau yang dibungkus menggunakan selimut di dalam bagasi berkenaan.

“Apabila kelapan-lapan bungkusan teh hijau itu dibuka, terdapat paket berisi ketulan lutsinar dipercayai dadah jenis syabu seberat lapan kilogram,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hamzah berkata bagaimanapun pihaknya gagal menahan pemilik bagasi berkenaan yang meloloskan diri setelah dikejar anggota JKDM.

Beliau berkata siasatan mendapati pemilik bagasi itu berusia 35 tahun dan mempunyai kad pengenalan merah dan merupakan Pemastautin Tetap di negara ini.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan dan pihaknya sedang giat mengesan pemilik dadah berkenaan.

Sementara itu, Hamzah berkata JKDM akan terus mempertingkatkan kawalan di semua pintu masuk negara dan akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkenaan untuk membanteras penyeludupan masuk barang terlarang di negara ini.

“Kita juga akan memantapkan lagi kerjasama dengan pihak lapangan terbang dengan memperketatkan kawalan khususnya dari segi pemeriksaan di pintu masuk bagasi,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: Syabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

01/10/2025
0

PETALING JAYA - Tindakan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) melarikan diri selepas merempuh palang di Plaza Tol Damansara pada...

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

28/09/2025
0

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan di Tawau TAWAU, 28 Sept – Polis menahan tiga buruh tempatan dalam siri operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd