• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Politweet Tun M Tak Berpengaruh Di Johor – PAN

oleh AK-47
19/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APA LAGI nak kata… terpaksa terima dengan hati terbuka kajian bebas yang dibuat oleh badan antarabangsa mengenai trend sokongan pengundi pada PRU14 di Johor.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub yang juga anak jati Johor tidak berani menolak kajian yang menyebelahi kepimpinan kerajaan itu.

Katanya, memang ada dapatan dalam kajian media sosial yang berpihak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendahului bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

“Saya terbuka untuk menerima apa-apa maklumat daripada kajian di media sosial. Saya terima mana-mana kajian yang mungkin menyebelahi Najib tetapi ada juga kajian sosial yang menyebelahi Mahathir.”

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kajian firma penyelidik media sosial, Politweet yang menyatakan pengguna media sosial di Johor lebih tertarik kepada Najib berbanding Mahathir.

Kajian itu sekali gus menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan terus menguasai Johor pada PRU-14.

Bagaimana untuk ‘cover line’ sedikit Salahuddin bagi alasan kajian yang dibuat hanya ibarat lampu suluh yang dapat menerangi sekiranya tiada panduan dalam membuat pilihan.

“Kajian ini untuk beri panduan sahaja, apa yang penting orang politik harus melihat dengan teliti gerakan arus di bawah, khususnya apa yang paling ditakuti adalah arus senyap.

“Arus senyap ini biasanya nampak macam tiada apa-apa, tetapi sudah banyak kali berlaku di mana tiba-tiba ada perubahan besar, ini yang kita harus lebih teliti,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan BN dijangka terus menguasai Johor selepas PRU14 berdasarkan kajian firma penyelidik media sosial, Politweet.

Dalam temu bual bersama portal Worldfuture TV (WFTV), jurucakap Politweet berkata, bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad tidak mendatangkan impak besar di Johor pada PRU-14.

“Secara asasnya, dua pertiga pengguna media sosial di Johor tidak menunjukkan minat terhadap Mahathir di halaman dan paparan Facebook disukai mereka.

“Walaupun ada liputan meluas media mengenai Mahathir dan pencalonannya sebagai Perdana Menteri, ia bukan petanda baik untuk Pakatan Harapan,” katanya.

Sehingga Disember tahun lalu, hanya 13.73 peratus pengguna Facebook di Johor menunjukkan minat terhadap Mahathir berbanding 66.67 peratus yang cenderung kepada Najib.

Bagaimanapun, firma itu menyifatkan Johor bukan negeri yang memiliki kemungkinan berubah tangan pada PRU-14. – MYNEWSHUB.CC/Agenda Daily

Tags: JohorPANTun Dr Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Azhael Gamatkan Majlis Perkahwinan Fizi Ali

Next Post

Naib Pengerusi Wanita MCA Angkat Sumpah Senator

Related Posts

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

16/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian Johor yang kini muncul sebagai kuasa...

Next Post

Naib Pengerusi Wanita MCA Angkat Sumpah Senator

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd