• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jupha Somnet Sumbang Emas Pertama Malaysia

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI — Pelumba trek wanita negara, Jupha Somnet memastikan Malaysia membuka tirai Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2018 (ACC) dengan bergaya apabila menyumbang pingat emas pertama negara dalam acara perlumbaan mata hari ini.

Kemenangan di Velodrom Nasional di sini menyaksikan satu kejayaan manis berjaya dilakar pelumba kelahiran Perlis itu apabila muncul pelumba wanita negara pertama menyumbang pingat emas dalam kejohanan itu.

Jupha, 24, mengumpul 35 mata keseluruhan meninggalkan pelumba Hong Kong, Xiaojuon Diao di tempat kedua (25 mata) diikuti Ke Xin Zeng dari Taiwan di tempat ketiga (21 mata).

Pada perlumbaan tersebut, Jupha mempamerkan kayuhan bertenaga sepanjang perlumbaan 80 pusingan selain berjaya memungut 20 mata selepas berjaya membuat pecutan solo meninggalkan kelompok besar pelumba sebelum memintas kelompok terbabit di pertengahan perlumbaan.

“Saya tidak menetapkan sebarang sasaran ketika turun ke trek kerana saya hanya membuat persiapan sebulan sebelum kejohanan ini berlangsung.

“Namun saya berazam untuk memberikan yang terbaik dan saya terkejut kerana berjaya menyumbang emas buat negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas upacara penyampaian hadiah.

Sebagai rekod, Jupha sebelum ini pernah meraih pingat perak dalam acara sama pada edisi 2016 di Jepun. – BERNAMA

Tags: basikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

26/09/2025
0

Baling: Kanak-kanak lelaki beruaia 12 tahun cedera di perut selepas tertusuk besi pengayuh basikal di Jalan Charok Bemban, Kampung Charok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd