• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadual Baru Projek Hospital Petra Jaya Siap Hujung Tahun

oleh AK-47
13/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jadual baru projek pembinaan Hospital Petra Jaya yang bernilai lebih RM500 juta dijangka siap akhir tahun ini yang sebelum ini tertangguh sehingga Jun tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan mengakui bahawa projek pembinaan hospital yang akan memiliki 300 katil pesakit itu berada dalam keadaan “sakit” dan memerlukan rawatan.

Katanya kontraktor pembinaan dilantik dengan kefahaman bahawa mereka berwibawa untuk menyiapkan pembinaannya mengikut jadual, namun disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan, projek tetap tertangguh.

“Saya harap dengan tempoh baru penyiapan hospital itu, kontraktor akan lebih bertanggungjawab, kerana kesan kelewatan ini, Hospital Umum Sarawak (HUS) dan penduduk sekitar sini menjadi mangsa,” katanya dalam satu persidangan media di HUS di sini petang ini.

“Jika siap hujung tahun ini, ia bermakna projek ini telah tertangguh selama satu setengah tahun, kerana mengikut jadual asalnya ia sepatutnya siap Jun tahun lepas lagi,” tambahnya.

Oktober lepas, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Jabatan Kerja Raya telah mengeluarkan ‘Notis Untuk Tujuan Penamatan’ kepada kontraktor ekoran kegagalan menyiapkan pembinaan mengikut jadual dan mengenakan denda lewat atau “Liquidated Ascertained Damages (LAD) yang ditentukan” terhadapnya bernilai RM9.219 juta, dan menetapkan Jun tahun ini sebagai tarikh baru penyiapannya.

Dr Subramaniam berkata di HUS pula ketika ini projek pembangunan sedang dilaksanakan membabitkan pembinaan kompleks yang menyediakan pusat jagaan harian, dewan bedah, Makmal Pathologi, di samping 1,800 tempat letak kereta, yang jumlah keseluruhannya sekitar RM350juta.

Sementara itu, Menteri Kesihatan itu berkata pagi ini beliau telah melawat seorang pesakit jangkitan rabies di Kampung Bayou, di samping melawat kemudahan kesihatan di Serian yang disediakan bagi tujuan menangani jangkitan rabies, atau dikenali sebagai penyakit “anjing gila” itu.

“Bantuan akan disalurkan kepada keluarga terbabit dan kita akan usahakan pelbagai langkah bagi membantu mereka” katanya.

Katanya adalah sukar untuk membuat kesimpulan mengapa jangkitan rabies pada manusia di Sarawak menjadi agak ‘sukar’ berbanding di Semenanjung, kerana menurutnya ia memerlukan maklumat daripada kajian terperinci Jabatan Verterinar untuk melihat keseriusan virus rabies pada anjing.- BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.SubramaniamProjek Hospital
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rumpai Laut Sabah Tembusi Pasaran Antarabangsa

Next Post

Ghaddar Kembali Kuatkan Jentera Serangan Kelantan

Related Posts

MIC Ubah Cara Berpolitik, Kekal Relevan

24/05/2018
0

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk...

Filem Pendek Tun M Terdesak Raih Simpati Pengundi

30/04/2018
0

SEGAMAT - Filem pendek penuh emosi menampilkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua pelakon kanak-kanak, dilihat...

Next Post

Ghaddar Kembali Kuatkan Jentera Serangan Kelantan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd