• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumpai Laut Sabah Tembusi Pasaran Antarabangsa

oleh AK-47
13/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Industri rumpai laut Sabah berjaya menembusi pasaran antarabangsa dengan China, Filipina dan Jepun antara negara pengimport hasil laut berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Munir Mohd Nawi berkata, negara anggota Kesatuan Eropah juga berminat untuk mengimport produk itu, namun ia bergantung kepada gred rumpai laut yang dihasilkan.

“Jabatan Perikanan mempunyai standard tersendiri dalam penggredan rumpai laut dan sama ada pengusaha memiliki sijil Malaysian Good Agricultural Practices (MyGAP) dan jika mereka menepati syarat negara pengimport maka sudah tentu eksport pasaran lebih meluas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program ramah mesra bersama peserta kluster ternakan rumpai laut Lok Buton serta pra-pelancaran Seaweed Splash 2018 di Pelantar Lok Buton di sini, hari ini.

Munir berkata, pihaknya bersama SIRIM serta Jabatan Standard Malaysia telah mengeluarkan garis panduan bagi amalan baik ternakan rumpai laut dan sehingga kini lebih lima ladang projek kluster Lok Buton di Semporna mendapat pensijilan MyGAP.

“Ini juga menyumbang kepada kenaikan nilai harga rumpai laut iaitu apabila dikeringkan 30 peratus kadar kelembapannya, harga sekilogram RM3.20 berbanding 60 sen hingga RM1.20 sen sahaja suatu ketika dulu,” katanya.

Katanya, jabatan itu komited membangunkan produk berasaskan rumpai laut melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) sekali gus mempelbagaikan produk baharu rumpai laut serta mengukuhkan standard dan harga hasil laut berkenaan.

Munir berkata, pada 2016 kira-kira 23,000 tan metrik rumpai laut bernilai RM44 juta dihasilkan dan sekali gus menjadi sumber kepada kira-kira 1,200 penternak di kawasan pengkulturan rumpai laut di Sabah iaitu di Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Tawau dengan keluasan 13,000 hektar.

Sementara itu, beliau berkata, Seaweed Splash 2018 akan diadakan pada akhir Mac ini di Semporna dan menyasarkan 5,000 penggiat industri tersebut. – BERNAMA

Tags: Datuk Munir Mohd NawiRumpai Laut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ECRL Platform Akses Pasaran Industri Perikanan

19/04/2018
0

KUALA LUMPUR – Pembinaan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bakal menyediakan sistem pengangkutan yang lebih pantas dan menjimatkan...

Sistem ‘QR Code’ Kenal Pasti Bot Nelayan

26/02/2018
0

PASIR PUTEH – Jabatan Perikanan akan menggunakan sistem Quick Response (QR) Code untuk bot-bot nelayan yang beroperasi di Zon C2...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd