• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Peguam Negara Tubuh Bahagian Syariah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara telah menubuhkan Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang bagi menangani isu-isu berkaitan agama Islam dan perundangan syariah yang berbangkit di peringkat persekutuan dan antarabangsa yang dirujuk kepada jabatan itu.

Jabatan berkenaan memaklumkan penubuhan bahagian itu penting kerana ia akan menjadi focal point (tumpuan utama) bagi isu-isu syariah yang dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

“Antaranya yang berkaitan dengan nasihat undang-undang, penggubalan dan penyelarasan undang-undang syariah, ratifikasi sesuatu konvensyen antarabangsa yang mempunyai kesan kepada aspek syariah dan pengharmonian antara undang-undang sivil dengan undang-undang syariah bagi mengatasi konflik bidang kuasa di antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

“Berdasarkan Fasal (2) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara mempunyai kewajipan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong, Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Jabatan Peguam Negara berharap penubuhan Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang Syariah itu dapat memastikan penyampaian perkhidmatan Jabatan Peguam Negara berhubung isu-isu syariah dilaksanakan dengan lebih efektif dan berkesan seiring keperluan semasa. – BERNAMA

Tags: jabatan peguam negaraundang-undang syariah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nicky Liow Lepas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Selepas Bayar Kompaun RM10 Juta

Nicky Liow Lepas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Selepas Bayar Kompaun RM10 Juta

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik 26 pertuduhan di bawah kesalahan pengubahan wang haram terhadap ahli perniagaan,...

Dakwaan Ugutan Jenayah Babit Azam Baki Dikategorikan ‘Tiada Tindakan Lanjut’

Dakwaan Ugutan Jenayah Babit Azam Baki Dikategorikan ‘Tiada Tindakan Lanjut’

10/06/2026
0

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) akan diambil terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd