• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Promosi Suplemen Bayi, Lofa Beri Penjelasan

oleh
06/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini pelakon jelita, Neelofa teruk dikecam netizen tempatan gara-gara mempromosikan satu produk yang melibatkan bayi di Insta Story miliknya.

Perkongsian itu  mengundang rasa kurang senang segelintir pihak sekali gus menerima pelbagai reaksi daripada netizen tidak kira sama ada yang berbentuk positif mahupun negatif.

Disebabkan perkara itu menjadi bualan hangat netizen, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor ini tampil menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.

Memetik entri terbaru miliknya menerusi akaun Twitter, Neelofa memaklumkan beliau menghargai setiap komen yang diberikan berhubung perkara berkenaan.

Pada masa sama, beliau turut menjelaskan bahawa buat masa ini pihak CnG yang mengeluarkan produk suplemen tersebut sedang berusaha keras untuk menyelesaikan kekeliruan yang berlaku.

“Pihak pengurusan CnG bekerja keras untuk menjernihkan isu ini dan berusaha selesai kekeliruan yang berlaku. Saya sangat hargai kesabaran dan pemahaman semua,” tulisnya menerusi entri berkenaan.

Penjelasan Neelofa itu dilihat mendapat pujian netizen yang mana rata-rata mengakui sikap usahawan itu sangat profesional dan tidak mudah melatah dalam menangani isu berkenaan meskipun menerima pelbagai kritikan.

Terdahulu, pelakon berusia 28 tahun ini menjadi bualan hangat netizen apabila beliau memuat naik perkongsian mengenai makanan tambahan kesihatan (suplemen) untuk menghilangkan kedutan pada kulit bayi.

Perkongsian itu bukan hanya menarik perhatian netizen malah turut menerima teguran daripada seorang doktor pakar yang menyelar perkata tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Neelofa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

Kes Neelofa, Suami Ditangguh Lagi

12/08/2021
0

SEREMBAN - Sebutan semula kes membabitkan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd