• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ini Respon Iqram Terhadap ‘Ugutan’ Altimet

oleh Haris
16/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI yang dilaporkan sebelum ini, Altimet dikatakan ‘bengang’ apabila mendapat tahu bahawa Iqram Dinzly cuba menceroboh persembahannya di Anugerah Juara Lagu le-32 (AJL32) yang berlangsung Ahad lalu.

Altimet menulis di laman Twitternya secara sinikal memuji tindakan krew produksi TV3 yang menghalang Iqram berbuat demikian sambil menambah akan ‘menjamah’ buku lima kepada Iqram sekiranya ia terjadi.

Baru dpt tau masa #ajl32 hari tu Che Iqram nak naik stage masa aku perform. Syabas kpd staff media prima berhad sbb lindungi dia dari kecederaan. 👏🏽👏🏽👏🏽

— Altimet (@altimet) February 13, 2018

“Ini hip hop, bro. Kalau tak diundang naik pentas kau naik jugak, siku, kaki, buku lima semua kau boleh jamah der. Adat kami lain sikit,” tulisnya.

Tidak ingin berdiam diri, Iqram melalui Twitter miliknya sendiri memberi respon terhadap sindiran  Altimet itu dengan mengingatkan tentang persaudaraan sesama Muslim serta meminta maaf.

Sekiranya jamah buku lima der , hamba hidang 5 perkara sebelom 5 perkara der ! Allah ader. We are #brother . #muslim ? Maaf Der 🤝💛🇲🇾#hiphoprinxchiqyellowishijack #onxon #savage #maniac https://t.co/EREvPKxDlX

— Muhammad (@IqramDinzlyHM) February 13, 2018

“Sekiranya jamah buku lima der, hamba hidang lima perkara sebelum lima perkara der! Allah ada. We are brother, muslim? Maaf der,” tulisnya awal pagi tadi.

Walaubagaimanapun, perkongsian Iqram itu yang turut membangkitkan isu keagamaan kurang mendapat persetujuan netizen.

“Sebelum sembang lima perkara, hang buang la sikap buat-buat macam orang tak betul tu. Hang cuba la jadi Iqram yang dulu tak payah dok buat diri tu ada masalah mental,” tulis salah seorang pengguna Twitter.

Iqram turut berkongsi di laman Instagramnya tentang perkara berkenaan dengan memuat naik gambar dirinya bersama Hael Husaini ketika Hael menyanyikan semula lagu Jampi selepas diumumkan sebagai pemenang anugerah itu.

Menerusi kapsyen gambar tersebut, Iqram memuji tindakan Hael yang menyambut kemunculannya di atas pentas tersebut dengan hati terbuka sambil menekankan tentang pentingnya artis baru dan artis lama saling menghormati.

Inilah namanya #Juara ! Walaupun #anakmuda , #penyanyialamaya , #celebrityouthviralevelinternational tetap boleh menyambut kemunculan #hijack #prinxchiqydinzly berlagak aksi seni di #Ajl32 baru baru ini . #Adab & #Adat dalam berseni . Kolaborasi #orangbaru & #oranglama harus terus berseni barulah dinamakan #sunnahwaljamaah bukan #syoksendiri dan jangan #lupadiri mahupun #hebatdiri . Inilah dinamakan #seni #jampi : #senijampi Bro bikin revolusi lagi ! #haelhusaini Tahniah bro @haelhusaini , teruskan langkah berseni dan jadikan diri seperti padi , semakin berisi semakin menunduk diri . Baru boleh jadi Penyanyi | Penghibur | Pendakwah Lelaki Camgini 👍 #singer #performer #malaysian #malaysia . 💛🇲🇾 Maaf sekiranya kehadiran tidak disenangi , namun bersyukor atas sambut aksi memberi #chemistry pun jadi , maka jadilah ia tersendiri . Gambar ini sebagai bukti . #Terimakasih Illahi ! 😜 Www.myneswhub.cc 🦁 berlangkah merak jawi berseni . Ada #berani ? Tembuckan Padu dalam Kelembutanassinafsu . #Allahu !

A post shared by Bawaabata.merebucks (@bawaabata.merebucks) on Feb 13, 2018 at 4:29am PST


Tahniah bro @haelhusaini, teruskan langkah berseni dan jadikan diri seperti padi, semakin berisi semakin menunduk diri.

Maaf sekiranya kehadiran tidak disenangi, namun bersyukur atas sambutan aksi diberi #chemistry pun jadi, maka jadilah ia tersendiri,” tulis Iqram dalam perkongsian Instagramnya itu.

Sementara itu, pihak krew penerbitan AJL32 mengakui Iqram tiada dalam perancangan pihak produksi tersebut.

Menurut Penerbit Eksekutifnya, Nurul Huda Khalid, pihaknya terkejut Iqram beberapa kali mencuba untuk ke kawasan pentas ketika Altimet membuat persembahan menerusi lagu Amboi.

“Kehadiran Iqram bukan dalam perancangan kami atau sengaja kami buat gimik.

Saya sendiri terkejut selepas diberitahu oleh pihak pengurus pentas bahawa dia cuba naik ketika persembahan Altimet tapi berjaya dihalang kerana perkara itu dikhuatiri menjejaskan pertandingan,” katanya dipetik daripada portal mStar Online.

Dia yang diminta mengulas mengenai tindakan Iqram yang menimbulkan rasa tidak senang Altimet turut menjelaskan pihaknya mendapat tahu kehadiran Iqram selepas dimaklumkan bahawa pelakon tersebut menjadi tetamu jemputan program Tonton Extra.

Walaubagaimanapun, Iqram berjaya naik ke pentas sewaktu persembahan kemenangan Hael oleh kerana kesibukan krew produksi ketika itu.

Jelasnya, perkara itu akan dijadikan pengajaran oleh pihaknya supaya memastikan perkara tersebut tidak berulang di masa hadapan. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: AJL32AltimetIqram Dinzlytv3
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jenazah Nur Afini Selamat Dikebumikan

Next Post

Penduduk Pandan Tak Kisah Rafizi Tak Buat Kerja?

Related Posts

Macam Kembar, Tular Individu Mirip Altimet

Macam Kembar, Tular Individu Mirip Altimet

10/02/2024
0

AMPANG - Tular di media sosial imej seorang lelaki seperti 'kembar' kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed...

AJL 37 Rekod 5.4 Juta Penonton

AJL 37 Rekod 5.4 Juta Penonton

15/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 yang mengangkat single Terus Hidup ciptaan dan dendangan Aina Abdul sebagai Juara...

Next Post

Penduduk Pandan Tak Kisah Rafizi Tak Buat Kerja?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd