• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Kelantan Patahkan Cubaan Seludup PATI

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Imigresen Malaysia Kelantan berjaya mematahkan cubaan menyeludup empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara jiran selepas menahan seorang lelaki dalam satu operasi di Stesen Bas Lembah Sireh di sini, petang semalam.

Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata suspek yang berusia 24 tahun itu ditahan ketika keempat-empat PATI lelaki berkenaan sedang menaiki kenderaan yang dipandu suspek.

“Laporan awal mendapati empat PATI berkenaan sedang menunggu seseorang di stesen bas itu selama dua jam sebelum mereka menaiki kenderaan yang dipandu suspek.

“Pihak kami kemudiannya memperkenalkan diri ketika suspek dan PATI berkenaan mahu beredar dari stesen bas berkenaan sebelum suspek bertindak melarikan diri namun berjaya ditahan selepas berlaku sedikit pergelutan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan awal pihaknya mendapati kesemua PATI berkenaan yang berusia antara 22 dan 46 tahun merupakan warganegara Myanmar serta tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Kesemua PATI berkenaan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut manakala lelaki berkenaan ditahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” katanya. – BERNAMA

Tags: ImigresenPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd