• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bawa Bayi Lepas Gian Dicekup

oleh Ahmad Albab
10/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Disebabkan ibunya ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah, seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang masih menyusu badan menjadi mangsa apabila turut terpaksa bermalam di lokap.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Dr. Abd Halim Mohd Hussin berkata wanita berusia 29 tahun itu yang ditahan dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Chow Kit di sini pada 2.30 pagi ini, adalah antara 112 individu ditahan dalam Operasi Perdana AADK di sekitar ibu negara sejak Khamis.

Bercakap kepada wartawan selepas operasi tersebut hari ini, beliau berkata tiga lagi rakan wanita yang berada dalam bilik yang sama turut ditahan dan disahkan positif Methamphetamine.

Abd Halim berkata wanita berkenaan dan bayinya akan ditempatkan di pusat pemulihan bagi memastikan masa depan bayi itu terjamin kelak.

Dalam operasi itu, Abd. Halim berkata pihaknya menyasarkan 10 kawasan tumpuan di ibu kota yang dipercayai menjadi sarang penagih dadah seperti di perumahan awam dan hotel bajet.

Katanya, sewaan bilik serendah RM35 semalam adalah antara faktor penagih memilih hotel bajet sebagai ‘port’ untuk memuaskan ketagihan mereka. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd