Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Datuk Seri Jual Duit...

KUANTAN - Seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditahan selepas dipercayai terbabit dalam urusan...

Kandungan Media Sosial Palsu...

KUANTAN - Kandungan berita atau kenyataan palsu yang disebarkan menerusi media sosial menjadi...

PAS Utamakan Gagasan Sejahtera...

KUALA LUMPUR - "Sebarang bentuk kerjasama baru PAS dengan mana-mana parti baharu mesti...

Periksa Alat Sulit Dulu...

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta golongan lesbian,...

Hubungan Kukuh China Untungkan Usahawan Negara

KUALA LUMPUR – Kekukuhan hubungan dua hala Malaysia-China terbukti menguntungkan usahawan dan perniagaan tempatan, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, keakraban itu juga menyaksikan China bertindak membuka pasaran yang luas untuk diterokai kalangan usahawan Malaysia.

“Usahawan kita mempunyai peluang untuk menggunakan saluran dan hubungan dua hala yang baik ini bagi melabur dalam China selain melakukan urusan dagangan.

“Ini semestinya baik untuk semua rakyat. Malah, semua usahawan dan ahli perniagaan akan mendapat faedah daripada kerjasama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Inisiatif Belt And Road 2.0 MCA di Wisma MCA di sini, hari ini.

Liow turut merujuk Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) dan yakin kerjasama dengan syarikat China, Alibaba akan mengukuhkan lagi jualan produk-produk tempatan.

Terdahulu, pada majlis pelancaran Belt and Road 2.0 yang turut dihadiri Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian, beliau berkata hubungan ekonomi dan perdagangan Malaysia-China kini di tahap kemuncak dengan dagangan dua hala berjumlah RM264.5 bilion bagi tempoh 11 bulan pertama 2017.

Menurut Liow, sejak Inisiatif Belt and Road itu dicadangkan pada 2013, hubungan dagangan antara Malaysia-China mencecah RM1.45 trilion bagi tempoh 2013 sehingga November 2017 – peningkatan sebanyak 52.4 peratus berbanding RM751.1 bilion dalam tempoh lima tahun sebelum cadangan itu.


“Hubungan dagangan Malaysia dan China adalah bersifat dua hala dan begitu juga pelaburan antara kedua-dua negara yang juga saling menguntungkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyangkal dakwaan bahawa tindak-tanduk Malaysia itu adalah seperti menjual kedaulatan negara kepada China.

“Hubungan yang baik ini tidak boleh dibeli dengan wang atau diwujudkan menerusi wang. Malah, wang juga tidak boleh membeli perasaan kita terhadap China atau membeli kepercayaan China terhadap kita,” katanya.

Beliau turut menyifatkan, hanya menerusi kerjasama di antara satu sama lain dapat mewujudkan keamanan yang menguntungkan semua pihak.

Rangka Tindakan Belt and Road 2.0 MCA itu bertujuan menggalakkan lebih ramai usahawan Malaysia menyertai Inisiatif Belt And Road China.

Lima strategi yang akan dilaksanakan menerusi Pusat Belt And Road MCA itu adalah transformasi perniagaan dan syarikat pemula niaga baharu, SME Go Global, platform perdagangan dan pelaburan, platform Penyelarasan Dasar Belt And Road selain latihan dan pendidikan berkaitan. – BERNAMA

Kategori