• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hentikan Perlawanan Keputusan Terbaik Elak Serius

oleh AK-47
06/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kemenangan 4-1 skuad badminton wanita negara ke atas Vietnam sedikit terganggu apabila pemain beregu Woon Khei Wei mengalami kecederaan di lutut kanan ketika perlawanan peringkat kumpulan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2018 (BATC) yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, di sini.

Khe Wei yang berpasangan dengan Vivian Hoo, turun selaku beregu utama menentang pasangan Nguyen Thuy Linh-Vu Thi Trang, terpaksa menghentikan perlawanan ketika kedudukan terikat 10-10 dalam set pertama perlawanan.

Bagaimanapun, Khe Wei yang mendapatkan rawatan di luar gelanggang dan cuba kembali untuk meneruskan perlawanan terpaksa ‘menyerah’ kerana dilihat mengalami kesakitan.

Vivian ketika ditemui pemberita berkata keputusan untuk menghentikan perlawanan menentang pasangan Vietnam itu adalah yang terbaik untuk mengelak kecederaan lebih serius menimpa rakannya.

“Kita agak terkejut juga sebab Khe Wei rasa kakinya macam terseliuh tapi kita masih belum pasti bahagian mana, mungkin di bahagian lutut. Kita akan buat pemeriksaan lanjut.

Kecewa itu pasti ada, tapi kecederaan dalam permainan seperti ini memang tidak dapat dielakkan. Disebabkan tidak mahu kecederaan lebih serius menimpa Khe Wei, kami ambil keputusan untuk hentikan perlawanan. Ini adalah keputusan yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih beregu wanita Wong Pei Tty berkata beliau kemungkinan besar merehatkan Khe Wei sekiranya terpaksa berbuat demikian, namun perlu mendapatkan padangan dan nasihat daripada pakar fisioterapi skuad negara.

“Jika perlu, saya akan rehatkan dia untuk perlawanan berikut, dan jika Khe Wei berehat, sudah tentu Tee Jing Yi akan menggantikannya. Buat masa ini, saya perlu mengambil kira keadaan sebelum membuat ulasan dan keputusan. Saya tidak panik kerana walaupun Khe Wei direhatkan, kami masih mempunyai ramai lagi pemain yang boleh beraksi,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai gandingan kedua negara, Chow Mei Kuan yang digandingkan dengan Goh Yea Ching apabila gandingan asalnya Lee Meng Yean mengalami kecederaan selepas Kejohanan Masters Malaysia, Januari lepas, Pei Tty berkata kualiti pasangan beregu itu ada namun beliau belum berpuas hati dari segi taktikal.

“Kualitinya ada namun saya masih tidak puas hati dengan taktik mereka. Sudah tentu, ini kali pertama mereka digandingkan. Masih banyak yang perlu dilakukan,” katanya.

Terdahulu, dalam perlawanan menentang Vietnam, Soniia Cheah yang diturunkan selaku perseorangan pertama melunaskan tanggungjawab dengan baik apabila menyumbang mata sulung negara selepas menundukkan Vu Thi Trang dengan 21-15, 21-17 diikuti Goh Jin Wei menyumbang mata kedua selepas menewaskan Nguyen Thuy Linh 21-11, 21-15.

S.Kisona yang mempunyai ‘sejarah pahit’ di Stadium Sultan Abdul Halim, berjaya mengatasi trauma empat tahun lepas, apabila menang mudah ke atas Dinh Thi Phuong Hong 21-15, 21-17 untuk mata ketiga.

Gandingan baharu Chow Mei Kuan-Goh Yea Ching melengkapkan kemenangan skuad wanita negara selepas menewaskan Dinh Thi Phuong Hong-Do Thi Hoai 21-7, 21-18 selepas gandingan Vivian-Khe Wei memberi kemenangan percuma kepada skuad Vietnam.

Skuad badminton negara yang diundi dalam kumpulan Y bersama-sama Thailand, Vietnam dan Filipina akan menentang Filipina dalam perlawanan yang akan berlangsung pada pukul 2 petang esok. – BERNAMA

Tags: Vivian Hoo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Skuad Wanita Ada Elemen Kejutan Berdepan Thailand

07/02/2018
0

ALOR SETAR - Berdepan Thailand pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) esok, skuad wanita negara pastinya penuh dengan elemen kejutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd