• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Wanita Ada Elemen Kejutan Berdepan Thailand

oleh AK-47
07/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Berdepan Thailand pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) esok, skuad wanita negara pastinya penuh dengan elemen kejutan sama ada dari segi barisan pemain perseorangan dan juga gandingan beregu yang terpaksa dipisahkan daripada pasangan asal mereka ekoran masalah kecederaan.

Bagi Vivian Hoo, yang digandingkan dengan Tee Jing Yi berikutan Woon Khe Wei mengalami kecederaan, beliau yakin penampilan beregu negara dengan pasangan berbeza menjadi sebahagian daripada strategi skuad negara untuk berdepan Thailand.

“Sebenarnya jika saya bergandingan dengan Khe Wei sekali pun, bukan mudah bagi kita berdepan pasangan beregu mereka. Kita bukan pasangan asal, mungkin kombinasi dan corak permainan akan berubah-ubah. Kita berharap strategi kita akan menjadi dan memberi kejutan kepada mereka.

“Kami akan berbincang dan perbaiki apa yang kurang hari ini, dan berikan terbaik pada perlawanan esok,” katanya.

Dalam pada itu, Jing Yi yang sebelum ini merupakan pemain perseorangan, berkata beliau tidak akan mensia-siakan peluang diperoleh untuk beraksi pada kejohanan kali ini yang turut menjadi medan kelayakan ke Piala Uber 2018 di Bangkok, Thailand, Mei depan.

Jing Yi yang sebelum ini pernah berpasangan dengan Soong Fei Choo berharap gandingannya dengan Vivian akan lebih menyengat pada perlawanan dijangka berlangsung pada 2 petang.

“Saya cukup bersedia melaksanakan tanggungjawab untuk pasukan. Ini peluang terbaik bagi saya menunjukkan kepada peminat tempatan. Saya berharap dapat mempamerkan prestasi terbaik pada kejohanan ini. Sudah tentu, beraksi sebagai pemain perseorangan dan beregu berbeza, namun saya akan mengambil peluang ini sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih perseorangan wanita negara Datuk Tey Seu Bock sedang mengatur strategi khususnya untuk menyenaraikan perseorangan ketiga negara untuk berdepan senjata ‘berharga’ Thailand, Busanan Ombamrungphan.

Katanya, beliau tidak mempunyai masalah untuk mempertaruhkan dua pemain, Soniia Cheah dan Goh Jin Wei yang dilihat mampu mencuri dua mata buat skuad negara.

Bagaimanapun, skuad wanita negara mempunyai dua nama untuk diturunkan selaku perseorangan ketiga iaitu Lim Yin Fun dan S. Kisona, masing-masing berada di ranking ke-92 dan 83, yang menunjukkan aksi meyakinkan ketika menentang Vietnam dan Filipina.

Pada perlawanan menentang Vietnam semalam, S. Kisona menyumbang mata ketiga negara selepas menundukkan Dinh Thi Phuong Hong 21-15, 21-17 manakala Yin Fun menewaskan Thea Marie Pomar 21-12, 21-8 dalam perlawanan menentang Filipina hari ini.

“Lawan kita esok agak mantap. Peluang kita 50-50. Kita boleh curi mata menerusi perseorangan pertama dan kedua, tapi untuk menentang perseorangan ketiga Thailand, Busanan, kita akan buat pilihan dan saya akan berbincang dengan jurulatih dan pemain.

“Corak permainan Busanan agak berlainan…mungkin lebih keras, lebih agresif. Jadi saya nak pastikan pemain saya dapat mengikut rentak permainan Busanan. Yang pasti, semua pemain saya bersedia untuk diturunkan,” katanya.

Dalam pada itu, Seu Bock berkata skuad wanita sentiasa memberi terbaik pada kejohanan kali ini, terutama untuk muncul juara kumpulan yang dilihat dapat mengelak daripada mendapat undian sukar di suku akhir.

“Lawan terakhir kita Thailand, bukan calang-calang. Saya akan beri nasihat kepada pemain-pemain saya. Mereka tidak rugi apa-apa, mereka akan berusaha bersungguh-sungguh. Tekanan mungkin kepada Thailand bukan Malaysia. Pemain kita tidak pernah putus asa,” katanya.

Selain itu, Seu Bock menegaskan dalam acara berpasukan, semua pemain mempunyai peranan masing-masing untuk menyumbang mata kemenangan buat pasukan.

Justeru, katanya tekanan itu bukan hanya diletakkan ke atas pemain perseorangan ekoran ketiadaan Khe Wei yang berpasangan dengan Vivian, sebaliknya semua pemain mempunyai peranan untuk memberi mata serta prestasi terbaik. – BERNAMA

Tags: badmintonKejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC)Vivian Hoo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd