Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Remaja Godam 4,600 Laman...

JAKARTA - Seorang remaja berusia 19 tahun ditangkap polis Indonesia kerana menggodam lebih...

Jamil Khir Harap Mahkamah...

YAN – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengharapkan...

Pemuda BN Beri Minyak...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan (WP) memperuntukkan sebanyak...

S’gor Perlu Buktikan Dahulu...

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekiranya kerajaan Selangor...

Henti Tular Berita Palsu Demi Keharmonian Negara

MELAKA – Rakyat Malaysia perlu menghentikan penyebaran berita palsu melalui laman sosial, yang berbaur fitnah dan berbentuk hasutan demi menjaga keharmonian negara, kata bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata orang ramai seharusnya menggunakan sepenuhnya inisiatif seperti portal sebenarnya.my dan menjadikannya sebagai tabiat untuk menyemak kesahihan berita yang tular di laman sosial terlebih dahulu sebelum berkongsi dengan orang lain.

“Apabila menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU), kita akan menyaksikan lebih banyak berita palsu dan fitnah disebarkan oleh pembangkang bagi mengelirukan rakyat dan menimbulkan kebencian terhadap kerajaan.

Sehubungan itu, tindakan menyemak kesahihan dan sumber sesuatu berita adalah sangat penting sebelum disebarkan,” katanya ketika berucap merasmikan program Jelajah Karnival sebenarnya.my Bukit Katil di sini, malam tadi.

Mohd Ali yang juga Ketua Bahagian UMNO Bukit Katil berkata fitnah siber menerusi penularan berita palsu adalah lebih berbahaya dan ia dilakukan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda politik termasuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Jelajah Karnival sebenarnya.my bertujuan mendekati masyarakat dalam memberi pemahaman mengenai bahaya penularan berita palsu yang dilihat sebagai musuh negara ketika ini dan memberi pemahaman fungsi portal berkenaan kepada orang ramai.


Pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang menarik diadakan termasuk ceramah dan taklimat keselamatan penggunaan internet, grafiti dan pentas anak muda, pertandingan memasak dan sukan rakyat serta cabutan bertuah.

Sejak dilancarkan pada Mac tahun lalu, portal sebenarnya.my yang dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimeda Malaysia (MCMC) merekodkan kira-kira 19 juta ‘hits’ setakat Jan lepas dengan purata 70,000 pelawat setiap hari. – BERNAMA

Kategori