Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Cukai GST Naik Lapan...

SINGAPURA : Kerajaan akan menanguhkan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehingga 2023.Lapor...

India Belanja RM4.12b Bina...

SARDAR SAROVAR - Patung terbesar dunia bakal menjadi kenyataan di India ketika usaha...

Pengantin Diseret Kerana ‘Gila’...

GARA-GARA tidak mahu meninggalkan permainan video dalam talian League Of Legends, seorang pengantin perempuan...

Polis Guna Pokemon GO...

DEMAM Pokemon GO nampaknya mula melanda seluruh dunia, selepas ia dilancarkan di Amerika...

Hafizh Syahrin Hampir Pasti Ke MotoGP

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin semakin hampir menyertai Monster Yamaha Tech3 secara musim penuh dalam kelas perdana MotoGP, sekaligus bakal menjadikannya pelumba pertama Malaysia berlumba dalam kelas tersebut.

Perkara tersebut disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali, yang menjadi tulang belakang kepada penyertaan Hafizh di MotoGP.

Baru-baru ini, spekulasi bertiup kencang bahawa Hafizh, 24, dilamar pasukan Monster Yamaha Tech3 dan bagi Razlan, impian untuk menyaksikan pelumba negara berlumba di kelas perdana kini menjadi kenyataan. Walaupun pengurus pasukan tersebut, Herve Poncharal masih berteka-teki mengenainya.

“Bagi saya, Herve (Poncharal), Dorna dan Yamaha, (penyertaan Hafizh di MotoGP) 100 peratus sah,” kata Razlan yang baru-baru ini mengadakan pertemuan bersama Poncharal dan pihak pengurusan Dorna bagi membincangkan penyertaan Hafizh di MotoGP pada tahun 2019 dan 2020 pada ujian rasmi MotoGP di Sepang.

Menurut Razlan, pihak Yamaha serta Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpeleta turut memberikan lampu hijau untuk memilih Hafizh sebagai calon utama menggantikan tempat pemandu asal pasukan tersebut yang cedera, Jonas Folger.

Razlan juga menyatakan bahawa beliau akan turut sama ke ujian rasmi di Buriram bagi tindakan lanjut mengenai kontrak Hafizh bersama pasukan yang berpangkalan di Perancis itu.


“Ada tiga nama termasuk Hafizh dan tanpa perbincangan lanjut, Yamaha Jepun memilih Hafizh dan mereka juga sudah berbincang dengan Yamaha Hong Leong (Malaysia), Thailand dan Indonesia, di mana mereka bersetuju Hafizh menjadi pelumba pasukan untuk tahun ini,” jelas Razlan.

Menerusi temubual dari laman web MotoGP, Poncharal berkata Hafizh akan dinilai pasukannya bermula di ujian rasmi di Buriram dan keputusan muktamad akan dibuat berkenaan pelumba keduanya selepas itu.

+++NEWS+++ @monsterenergy #Yamaha #Tech3 #MotoGP @motogp

A post shared by Monster Yamaha Tech3 (@monsteryamahatech3) on

Melalui perkongsian pasukan Monster Yamaha Tech3 di laman sosial Instagram juga turut mengesahkan bahawa Hafizh akan dinilai dan pasukan Monster Yamaha Tech3 akan membuat keputusan selepas ujian rasmi tersebut.

Dalam masa sama, SIC turut mengumumkan bekas pelumba Moto3 dan Supersport600, Zulfahmi Khairuddin akan menggantikan tempat Hafizh di saingan Moto2 untuk musim ini. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori