• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng Kunyit Ikat, Campak Mangsa Tak Terangsang

oleh AK-47
27/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALANG nasib seorang lelaki apabila dia bukan sahaja dirompak ‘geng kunyit’, malah kaki dan tangannya diikat sebelum ditinggalkan dalam keadaan bogel di tepi jalan.

Dalam kejadian Rabu lalu di Kemang Timur V, Jakarta, mangsa, Ongky Muhammad, 20, ditemui dalam keadaan khayal dengan mulutnya ditutup pita pelekat selepas dipercayai tidak mampu memenuhi permintaan seks tiga lelaki bernafsu songsang.

Lapor Tribunnews, pegawai polis Jakarta Selatan Mardiaz Kusin Dwihananto berkata, kes tersebut bermotifkan keinginan suspek yang homoseksual dan mahu memperkosa mangsa.

Katanya, kejadian bermula ketika mangsa yang memerlukan wang, memuat naik status di sebuah laman sosial gay di negara itu bagi mencari pekerjaan sebelum berkenalan dengan salah seorang suspek yang dikenali sebagai Raden Prambudi

“Setelah itu, mangsa dan suspek membuat janji temu di suatu tempat dan suspek berusia 32 tahun pergi bersama dua lagi rakannya, iaitu Raden Satria, 22, dan Rizal, 17.

“Selepas bertemu, mangsa mengikut ketiga-tiga suspek menggunakan sebuah kenderaan,” kata Mardiaz memetik portal tersebut.

Tambah Mardiaz, suspek yang mempunyai naluri seksual songsang cuba untuk mengambil kesempatan terhadap Ongky yang sedang mencari pekerjaan supaya boleh melayan nafsu mereka.

“Awalnya mereka bawa mangsa untuk melakukan hubungan seks. Mangsa diberikan minuman bagi membuatkan dia mabuk.

“Namun, mangsa tidak terangsang, yang akhirnya menyebabkan ketiga-tiga suspek bosan lalu membuang mangsa di Kemang Timur V,” katanya.

Difahamkan, mereka mencuri dua buah telefon bimbit mangsa sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan bahawa mangsa didera oleh suspek sehingga mengakibatkan kecederaan, sebaliknya berkata luka yang dialami mangsa adalah akibat dibuang di tepi jalan.

“Kekerasan yang dialami mangsa hanya kerana suspek membuang mangsa di tengah jalan dalam keadaan telanjang dan terikat,” ujarnya.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek telah ditahan di dua lokasi berbeza iaitu di Depok dan kawasan Ragunan.

Ketika penangkapan polis menyita beberapa barang bukti seperti tiga buah telefon bimbit, sebuah kereta berwarna silver dan pita pelekat yang digunakan untuk menutup mulut mangsa.

Ketiga-tiga suspek ditahan reman, dan jika disabit bersalah suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama 12 tahun. – MYNEWSHUB.CC

Tags: gayIndonesiakunyit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Indonesia Kaya Tapi Rakyat Masih Ramai Miskin’-Prabowo

‘Indonesia Kaya Tapi Rakyat Masih Ramai Miskin’-Prabowo

11/01/2026
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, meluahkan keprihatinan mendalam terhadap realiti negaranya yang kaya dengan sumber daya alam, namun masih...

Prabowo: Indonesia Kuat, Tidak Perlu Bantuan Luar

Prabowo: Indonesia Kuat, Tidak Perlu Bantuan Luar

16/12/2025
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa republik itu merupakan sebuah negara yang kuat, berdaulat dan berkeupayaan untuk berdikari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd