• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempar Suara Kuat ‘Asmara’ Seekor Anaconda Sarawak

oleh
11/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTULU – Bunyi bising dari dalam lubang sebatang kayu balak di kawasan belukar Sungai Kelawit, di sini, membawa penemuan seekor ular sawa betina bersaiz gergasi yang ketika itu leka mengawan.

Mendapat jolokan ‘Anaconda Sarawak’, reptilia dengan berat melebihi 100 kilogram itu ditemui kira-kira pukul 4.45 petang oleh seorang pemburu di kawasan terbabit, selepas curiga dengan misteri suara kuat berkenaan.

Tertarik dengan bunyi jeritan itu, Tinsung Ujang, 60, kemudian menjenguk ke dalam lubang kayu terbabit dan terkejut melihat ular sawa gergasi sedang ‘berasmara’ dengan seekot ular sawa jantan yang lebih kecil saiznya.

“Saya amat terkejut kerana tidak pernah ternampak ular sedang asyik mengawan iaitu sejenis sawa betina gergasi sepanjang lima meter, manakala pasangannya pula hanya seekor ular sawa jantan yang bersaiz agak kecil.

“Ia cukup luar biasa dan saya terus bergegas menembak kedua-dua reptilia itu kerana bagi masyarakat kami, ia hidangan eksotik yang menjadi lauk kegemaran ramai penduduk,” katanya ketika ditemui media petang Sabtu.

Bagaimanapun jelasnya, disebabkan saiz reptilia itu yang agak besar dan berat menyukarkannya untuk membawa haiwan tersebut pulang ke rumah sebelum dia terpaksa meminta bantuan daripada beberapa rakan.

“Kami terpaksa ‘belah’ kayu balak itu untuk bawa keluar dua ular sawa berkenaan,” katanya. Tinsung berkata, ular sawa itu kemudian dibawa keluar dari kawasan belukar itu menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

“Ia dipamerkan kepada penduduk setempat sebelum bangkainya dilapah dan dagingnya dibahagikan sama rata kepada penduduk kampung serta pekerja ladang berhampiran,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Anacondaular
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

03/02/2026
0

Aktiviti mendaki bukit atau merentas hutan sememangnya memberi ketenangan dan kepuasan tersendiri. Namun, di sebalik keindahan alam, terdapat risiko yang...

Ular Sebabkan Gangguan Bekalan Elektrik Di Batu Kawa

Ular Sebabkan Gangguan Bekalan Elektrik Di Batu Kawa

13/03/2025
0

Kuching: Seekor ular menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd