• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Farah Nabilah Tak Takut Ganding Dengan Aliff Aziz

oleh
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI yang semua sedia maklum, sebelum ini bukan sedikit kontroversi yang ‘hinggap’ dalam kamus hidup pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz.

Malah, isu panas berkenaan turut menggemparkan industri hiburan tanah air sehingga mencuri perhatian ramai peminat termasuk rakan artis tempatan.

Pun begitu, ia tidak membuatkan pelakon jelita, Farah Nabilah takut untuk bergandingan dengan aktor tinggi lampai tersebut dalam drama rantaian, Halalkan Hati Yang Ku Curi yang sedang giat menjalani penggambaran.

Pelakon, Farah Nabilah.

Menurut Farah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Fawa ini, dia mengakui tidak takut untuk berlakon dengan Aliff dan lebih selesa untuk menjadi diri sendiri.

“Sejujurnya, saya tak takut bergandingan dengan Aliff. Saya hanya menjadi diri sendiri dan bersikap profesional. Isteri Aliff juga ada di set penggambaran,” kata Farah dipetik laporan Astro Awani.

Pelakon, Aliff Aziz.

Tambah Farah lagi, dia hanya mengambil langkah berjaga-jaga selain lebih selesa untuk sentiasa berfikiran positif dalam segala hal.

“Saya tak takut berlakon bersama Aliff, tetapi sudah pasti saya mengambil langkah berjaga-jaga. Saya mahu jadi profesional dan berfikiran positif sahaja untuk melunaskan kerja.

“Alhamdulillah, setakat ini semua baik sahaja. Mungkin dulu dia ada buat silap tetapi sekarang sudah berubah? Siapa tahu? Berikan peluang untuk kami menyerlahkan bakat,” kata Farah lagi.

Halalkan Hati Yang Ku Curi merupakan sebuah drama adaptasi terbaru lakonan Farah dan Aliff sebagai tonggak utama.

Drama terbitan Country Universal Sdn. Bhd. ini bakal menemui penonton sempena kedatangan Ramadan tahun ini. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Aliff AzizFarah NabilahNetizennetizen bawang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Poster Lama Helmy Duyong Cuit Hati Netizen

Poster Lama Helmy Duyong Cuit Hati Netizen

29/10/2026
0

MELAKA - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem mencuit hati netizen apabila berkongsi...

Netizen Puji Keberanian Pelajar Peluk Rakan Bersenjata Kapak, Lindungi Guru

Netizen Puji Keberanian Pelajar Peluk Rakan Bersenjata Kapak, Lindungi Guru

22/10/2026
0

KUCHING - Tindakan seorang pelajar tidak melarikan diri, sebaliknya membantu melindungi gurunya dengan memeluk seorang pelajar lain yang bertindak menyerang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd