• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fama Sabah Sasar Perolehan Usahawan Tani Cecah RM300j

oleh AK-47
02/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Sabah menyasarkan perolehan usahawan tani menerusi pelbagai program anjurannya pada 2018 mencecah RM300 juta.

Pengarah, Ribin Wahid berkata Fama Sabah yakin terhadap sasaran itu berdasarkan ​​​​​​pulanganmemberangsangkan yang diperolehi usahawa tani menerusi programnya dari tahun ke tahun.

“Sepanjang tahun lepas, pendapatan yang diraih usahawan tani menerusi program Fama mencecah RM127 juta, yang kita anggap amat baik berbanding tahun-tahun lepas,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program ‘My Best Buy’ anjuran Fama dan RTM Sabah di sini hari ini.

Bagi ‘My Best Buy’ yang mula dilaksanakan pada 2015 di Sabah, beliau berkata program itu telah menjana nilai jualan kira-kira RM200,000 pada tahun lepas.

‘My Best Buy’ merupakan program menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bertujuan membantu rakyat di kawasan bandar menangani kesan kenaikan kos sara hidup manakala pengguna boleh mendapatkan barangan pada harga berpatutan.

Ribin berkata, ‘My Best Buy’ akan diperluaskan ke seluruh Sabah untuk memberi peluang masyarakat membeli produk pertanian pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran.

“Produk pertanian yang dijual menerusi program anjuran Fama adalah lebih murah, dengan diskaun sehingga 20 peratus daripada harga pasaran dan terdapat juga tawaran harga yang lebih menarik,” katanya.

Program itu diadakan di sekitar Kota Kinabalu dan Sandakan ketika ini, katanya.

Beliau juga berkata perusahaan tani semakin mendapat perhatian daripada golongan belia dan Fama​​​​​​ Sabah berharap lebih ramai usahawan tani muda dapat diwujudkan pada masa akan datang. – BERNAMA​

Tags: FAMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd