• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elfira Reda Pertunangan Dengan Sufian Terputus

oleh Haris
25/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI yang telah diketahui ramai, ikatan pertunangan yang dijalin aktres, Elfira Loy bersama penyanyi Sufian Suhaimi terlerai dengan rasminya minggu lalu.

Menurut Elfira, setelah seminggu perkara tersebut terjadi, dia mengaku dirinya kini tenang dan reda dengan takdir yang telah tertulis.

Bagi pelakon berusia 24 tahun itu, keputusan memutuskan pertunangan ini dibuat atas persetujuan keluarga masing-masing.

Jelas Elfira, dia tidak pernah menyesali apa yang terjadi dan menganggap apa yang berlaku antara dirinya dan Sufian sebagai rezeki dan kebahagiaan yang pernah dikecapi, walaupun hanya sementara.

“Saya tahu, pertunangan menjadi fasa untuk lebih mengenali. Keputusan yang diambil pula adalah atas persefahaman dan persetujuan keluarga kami. Ia bukan dilakukan antara saya dan Sufian semata-mata,” katanya memetik laporan BH Online.

Mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan bahawa hubungannya bersama pelantun lagu Terasa Ada itu tidak direstui keluarganya, Elfira berkata dia tidak mahu memperbesarkan hal berkenaan.

“Kita kena ambil kira apa saja pendapat, termasuk daripada keluarga. Ia juga bukan soal restu atau tidak, sebaliknya saya akur inilah ketentuan-Nya. Buat masa sekarang, inilah yang terbaik,” ujarnya ketika ditemui pihak media di Festival GegaRia di Kuantan, semalam.

Dalam pada itu, aktres yang turut merupakan ahli perniagaan itu turut mengakui bahawa hubungannya bersama Sufian kini tidak mempunyai masalah malah masih berkawan baik.

Tambah Elfira, dia ada berhubung dengan Sufian selepas ikatan pertunangan mereka terlerai minggu lalu dan keluarga kedua-dua pihak juga masih berkawan.

“Pada masa sama, kita tidak dapat menahan orang lain daripada bercakap. Namun, pihak yang tahu perkara sebenar tetap keluarga kami.

“Tak ada faedah pun nak buat spekulasi kerana ia perihal keluarga. Kalau membabitkan orang luar, mungkin sewaktu nak bertunang dulu saya patut tanya mereka yang lain,” kata Elfira.

Ketika ditanya mengenai single terbaharu Sufian, Di Matamu yang dikatakan ada kena mengena dengan insiden terbabit, Elfira menjelaskan bahawa dia tidak menganggap isu tersebut sebagai sesuatu yang besar.

Jelasnya, lagu tersebut difahamkan telah dicipta Sufian sejak tahun lalu namun perasaan yang cuba disampaikan dalam lagu tersebut secara kebetulan terkait dengan situasi semasa.

“Setahu saya, lagu itu tiada kena mengena pun (dengan apa yang baru saja berlaku). Cuma, mungkin perasaan yang ada dalam lagu itu bagai kena dengan apa yang terjadi sekarang.

“Setahu saya, lagu itu sudah dibuat berbulan-bulan dulu,” ujarnya.

Pada 17 Februari lalu, ibu Elfira, FIlzah Yusoff mengesahkan ikatan pertunangan di antara anaknya bersama Sufian telah berakhir.

Ahad lalu, pertunangan tersebut putus secara rasminya apabila keluarga Elfira memulangkan cincin pertunangan di rumah keluarga Sufian di Muar, Johor.

Pertemuan kedua-dua keluarga itu dikatan berlangsung secara baik dan pihak keluarga mereka tidak mahu memanjangkan hal berkenaan.

Elfira dan Sufian bertunang pada 6 Oktober tahun lalu dan jika mengikut perancangan, sepatutnya melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan hadapan. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Elfira LoyPutus TunangSufian Suhaimi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Elfira Loy Kongsi Nama, Wajah Anak

02/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas mengesahkan selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam, pelakon Elfira Loy sebentar tadi mendedahkan nama bayi itu...

Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat

11/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Kehadiran kanak-kanak mampu menceriakan kehidupan seseorang. Kemunculan mereka dalam hidup sudah semestinya dapat memberikan satu sinar yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd