• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Drama Megat Panji Alam Mencari Bintang

oleh Ahmad Albab
26/02/2018
dalam Alhijrah Frenz, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SESI uji bakat Megat Panji Alam berlangsung meriah di Dataran Bidara, Ekspo Terengganu 2018, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.

Uji bakat yang julung kali diadakan ini bertujuan mencungkil bakat anak Terengganu untuk memegang watak dalam drama bersiri 26 episod, Megat Panji Alam terbitan TV AlHijrah dan Skop Production dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu.

Ujibakat yang berlangsung dari jam 2 petang hingga 6 petang ini bertujuan mencari watak dalam kisah epik bersejarah ini.

Antara watak yang dicari ialah Demang, Baguk dan lain-lain.

Kira-kira lebih 20 peserta disenaraikan dalam simpanan untuk ke peringkat saringan seterusnya.

Uji bakat yang diadili oleh juri professional, pengarah, Majed Salleh, aktivis teater negeri Terengganu, Othman Zaharudin Haron dan Wan Ahmad Wan Ismail.

“Saya melihat ramai yang datang berbakat, tapi untuk memegang watak purba agak terhad. Kebanyakan mereka lebih sinonim dengan persembahan pentas. Bagaimanapun mungkin mereka boleh dipertimbangan untuk watak-watak tambahan,” kata pengarah, Majed Salleh.

“Kita lihat hari ini tidak ramai yang benar-benar sesuai dengan watak purba, dan kehadiran agak terhad memandangkan hari ini hari bekerja,” kata aktivis teater Terengganu, Osman Zaharun Harun.

Osman menambah sebagai aktivis teater dia yakin masih ramai anak buahnya dari Terengganu yang berbakat untuk memegang watak dalam drama ini.

Megat Panji Alam yang sinonim dengan negeri Terengganu bakal menampilkan anak Terengganu sebagai antara barisan pelakon dan bakal menonjolkan lokasi menarik di negeri sebagai lokasi penggambaran.

Ketulenan kisah Megat Panji Alam, akan diangkat dalam drama bersiri di TV AlHijrah supaya mampu menjadi inspirasi kepada golongan muda Terengganu.

Drama ini akan menjadi satu lagi koleksi khazanah untuk Terengganu sebagai bukti kehebatan Megat Panji Alam sebagai pahlawan yang turut mempunyai kaitan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka.

Ekspo Terengganu yang berlangsung bermula hari ini akan berakhir pada 3 Mac 2018. Terdapat pelbagai acara menarik antaranya konsert, pameran dari pelbagai agensi, pelancongan dan aneka gerai jualan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ekspo Terengganu 2018Megat Panji AlamTV ALHijrah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Penjaga Gol Lepaskan Gawang Kerana Minum Air

Next Post

Perluaskan Peranan, Fungsi AARDO – Ahmad Jazlan

Related Posts

Tular Netizen Kutuk TV AlHijrah Biadab Hina Najib

27/01/2019
0

CELUPAR... Ketika ramai penonton mula gelar TV AlHijrah sebagai TV AlFitnah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, wartawan stesen penyiaran...

CEO TV AlHijrah Pun Kena Letak Jawatan

08/07/2018
0

BERUNDUR... TV AlHijrah mengumumkan peletakan jawatan Datuk Haji Izelan Basar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) stesen penyiaran teresterial tersebut berkuat...

Next Post

Perluaskan Peranan, Fungsi AARDO - Ahmad Jazlan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd