Tuesday, September 10, 2024

Creating liberating content

Malaysia Mohon Mendarat Di...

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah menghubungi pentadbiran tertinggi Sudan, bagi memohon kelulusan lintas udara...

PABM 2015: Bahasa Melayu...

SEMPENA Pertandingan Pidato Antarabangsa 2015 (PABM 2015) yang akan berlangsung bermula 4 Ogos...

Tiga Rumah Hangus, 47...

Tawau : Seramai 47 penghuni membabitkan 10 ketua isi rumah (KIR) tinggal sehelai...

Timbalan MB Kelantan Akui...

SETELAH tersebarnya khabar angin di laman sosial dan Whatsapp minggu lalu bahawa Timbalan...

Tular Netizen Kutuk TV AlHijrah Biadab Hina Najib

CELUPAR… Ketika ramai penonton mula gelar TV AlHijrah sebagai TV AlFitnah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, wartawan stesen penyiaran itu pula biadab hina bekas pemimpin negara.

Malangnya tindakan kurang ajar Muhammad Syafiq Azman itu bukan sahaja calar imej TV AlHijrah, malahan menyebabkan stesen awam tersebut dikutuk netizen sebagai alat propaganda jahat rejim Pakatan Harapan (PH).

Wartawan itu turut teruk dikecam pengguna media sosial apabila tulis kapsyen dianggap hina Datuk Seri Najib Tun Razak dan artikel berkenaan pula disiarkan portal rasmi stesen tersebut selain dikongsi laman Facebook rasminya.

Muhammad Syafiq juga berkongsikan artikel yang ditulisnya itu menerusi akaun sosial Facebook peribadi miliknya dengan caption serupa tetapi terlupa bekas perdana menteri itulah yang merasmikan TV AlHijrah pada 2011 lalu.

“Pahlawan Bugis sudah menemui pentas sesuai untuk menari dan mengatur langkah. Kepitnya kini lebih kemas rapi tersusun. Dari Perdana Menteri, menjadi keyboard warrior. Atau lebih tepat, Pahlawan Papan Kekunci Bugis.

“Najib kini menempa nama sebagai Raja Troll, membangkang kerajaan dengan satira halus tetapi padu melalui laman sosial” dan ada pautan artikel tersebut bertajuk ‘Fenomena Bossku, Najib Si Raja Troll. Berkesankah?

Ironinya, artikel yang ditulis wartawan itu pula dikatakan tidak beradab terhadap mantan Presiden UMNO dan Pengerusi BN tersebut yang telah banyak berjasa kepada negara dengan penggunaan baris ayat tidak sepatutnya.

Rata-rata netizen tempatan bangkit persoal etika kewartawanan diamalkan Muhammad Syafiq dan pendirian siasah aneh stesen TV AlHijrah apabila tergamak hina tokoh negara selain jadi alat kerajaan PH hina musuh politiknya.


“Apa benda ni??? Kalau TV untuk Islam jangan campur aduk bab politik laa… jangan pula melagakan orang sesama Muslim…,” komen bernada marah seorang pengguna media sosial yang guna akaun atas nama Romy Irwan Shah.

“Sayangnya, TV AlHijrah yang suatu masa dulu selalu ajak kepada kebaikan, sekarang sudah jadi alat Dajjal,” ulas seorang lagi netizen bernama Murad Jailani merujuk gelaran terhadap kerajaan PH oleh umat Islam di Malaysia.

“Kalau bukan sebab Najib, TV AlHijrah pun tidak wujud. Kau pun bekerja di situ la Admin.. tidak kenang budi langsung.., barua punya Admin..,” komen Abu Leman dalam nada kesal merujuk tindakan biadab wartawan itu.

Bagaimanapun kapsyen pada halaman Facebook rasmi TV AlHijrah kemudian didapati telah disunting lebih sopan setelah dapat ribuan kecaman dari netizen yang turut tuntut tindakan disiplin diambil terhadap Muhammad Syafiq.

Dalam pada itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan bertanya, wajarkah stesen televisyen yang berimej agama dan dibiayai dengan wang rakyat, kini habis digunakan oleh kerajaan PH untuk keluarkan perkataan jelik berkenaan.

“Masa tulis, fikirlah balik. Tanpa Najib, ada peluang kerja di sana atau tidak? Kembalilah kepada matlamat asal,” katanya sambil maklum staf TV AlHijrah usah lupa beliau yang melancarkan stesen itu. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori