• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Palsu Punya Angkara, 46 Dijangkiti HIV

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUMBAI – Polis India berjaya menahan doktor palsu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 46 orang di Bangarmau, utara India, dijangkiti HIV kerana menggunakan jarum yang sama menyuntik mereka.

Menurut AFP, lelaki itu, Rajendra Yadav, 35, ditahan polis di Uttar Pradesh hari ini, hasil maklumat orang ramai.

Ketua Polis Daerah Unnao, Pushpanjali Devi, berkata lelaki itu menghadapi tuduhan jenayah, termasuk cuai, menyebabkan penyakit berjangkit, menyebabkan kerosakan dan mengamalkan perubatan secara haram.

Peralatan perubatan dan rawatan yang ditemui bersamanya dihantar ke makmal untuk ujian forensik.

Reuters melaporkan mangsa terbabit antara 566 orang yang diuji agensi kerajaan untuk mengesan HIV pada 24, 25 dan 27 Januari lalu.

Menurut laporan agensi berita AFP, Ketua Pegawai Perubatan daerah Unnao, SP Choudhary, semua kes jangkitan HIV itu dikesan dari kawasan yang sama di daerah berkenaan.

“Siasatan dilakukan bagi mengesan punca virus itu merebak dan sebahagian mereka memberitahu seorang doktor menggunakan jarum yang sama bagi menyuntik pesakitnya,” katanya.

Menurut Choudhary, pihaknya belum pasti berapa ramai daripada 46 kes itu berkaitan dengan Rajendra.

“Mereka memberitahu lelaki berusia 35 tahun itu (Rajendra) datang ke kampung dengan basikal, memberi pil dan menyuntik pesakit menghidap selsema, batuk dan sakit lain. Dia doktor palsu,” katanya.

Menurut perangkaan PBB, 2.1 juta daripada 1.25 penduduk India dijangkiti HIV akibat pelbagai sebab, termasuk pengambilan dadah dan seks tanpa perlindungan.

Kekurangan doktor selain kos perubatan agak tinggi di hospital dan klinik, menyebabkan ramai penduduk, terutama di pedalaman bergantung kepada pengamal perubatan yang tidak diketahui latar belakang pendidikannya.

Persatuan Perubatan India menganggarkan 45 peratus pengamal perubatan terbabit tidak mendapat latihan sewajarnya untuk merawat pesakit. – Agensi/myMetro Online

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

16/10/2026
0

KUALA PILAH – Penghayatan terhadap solat perlu diterjemahkan melalui akhlak yang baik, sikap menghormati hak sesama manusia serta menjauhi kesombongan,...

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

16/10/2026
0

SEREMBAN - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, secara terbuka menegur Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd