• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuepacs Mahu Khidmat Baik Di Kawasan Pendalaman

oleh AK-47
27/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon supaya perkhidmatan jalur lebar yang lebih baik disediakan, khususnya di kawasan pedalaman.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata masalah mengenai liputan dan mutu perkhidmatan jalur lebar antara yang kerap diutarakan penjawat awam, memandangkan perkara itu sudah menjadi keperluan dalam melaksanakan tugas.

“Kita bukan terus bercakap mengenai liputan 4G kerana masih ada kawasan yang tiada langsung akses kepada internet. Sedangkan pada zaman ini semuanya perlu dilakukan dengan cepat secara dalam talian kerana kita menuju ke era digital.

Ada penjawat awam yang bersemangat untuk bekerja namun kekangan seperti tiada internet menghalang mereka daripada melakukan yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Wacana Transformasi Nasional (TN50) anjuran Cuepacs di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Mohtar Abd Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Suhaimi Mohd Yunus, Pengarah Unit Khas TN50 Unit Perancang Ekonomi Datuk Valluvan Veloo dan Pengerusi Cuepacs Pahang Kamarozaman Abd Razak.

Azih menambah liputan jalur lebar yang baik juga perlu memandangkan banyak peperiksaan Jabatan Perkhidmatan Awam termasuk yang melibatkan kekosongan jawatan dan kenaikan dilakukan secara dalam talian, yang boleh menimbulkan kesukaran kepada mereka di kawasan terpencil.

“Bagaimana jika mereka di kawasan tiada akses internet tidak boleh keluar atau tidak sempat untuk ke kawasan yang ada liputan semasa peperiksaan diadakan? Ini antara perkara yang perlu dipertimbangkan,” katanya.

Azih menambah isu berkaitan kawasan liputan dan mutu perkhidmatan jalur lebar sudah diperjuangkan Cuepacs sejak empat tahun lepas .

Sementara itu, mengulas mengenai wacana itu, Azih menambah pihaknya mahu supaya penjawat awam juga melontarkan pandangan dan aspirasi mereka dalam pelaksanaan TN50 kerana kedudukan mereka selaku pelaksana dasar kerajaan.

Katanya, setakat ini Cuepacs sudah menerima lebih 200 pandangan menerusi tujuh wacana yang diadakan dan akan meneruskannya ke seluruh negara dalam masa terdekat.

“Kita akan membuat rumusan semua aspirasi yang dikemukakan untuk diserahkan kepada kerajaan. Wacana seperti ini merupakan platform terbaik untuk bertukar pandangan dengan penjawat awam dan pandangan yang diterima meliputi pelbagai aspek, bukannya hanya berkisar soal kenaikan gaji atau gred,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Azih Muda
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anggota Parlimen Segambut Gagal Batal Saman MCA

Next Post

Sarawak, Motac Bincang Benarkan Negeri Keluar Lesen

Related Posts

Cuepacs Dan Penjawat Awam Hargai Bayaran Khas

03/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menghargai pengumuman bayaran khas RM500 kepada penjawat awam dan RM250...

PRU14: Kerajaan Isytihar Cuti Mudahkan Pengundi

11/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Tiada lagi alasan rakyat yang bekerja di sektor awam dan swasta untuk keluar mengundi selepas kerajaan mengumumkan...

Next Post

Sarawak, Motac Bincang Benarkan Negeri Keluar Lesen

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd