• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Contohi Semangat Muafakat PBB Dalam BN – PM

oleh
11/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMUA parti komponen Barisan Nasiona (BN) digesa mengadaptasikan semangat permuafakatan dan penyatuan dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) demi kelansungan politik tanah air.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bahawa dua elemen berkenaan adalah tonggak penting dalam memperkukuhkan persiapan semua jentera parti komponen dalam berhadapan Pilihan Raya Umum (PRU).

“PRU ke-14 dijangka menjadi pilihan raya paling mencabar dalam sejarah negara. Justeru, kita memerlukan persediaan secukupnya, terutama dengan berpaksikan semangat perpaduan dalam kalangan parti komponen.

“Ini sudah lama wujud dalam PBB dan Kita boleh berkongsi sama pengalaman dengan PBB itu bagi mewujudkan suatu konsep kejituan dalam kalangan parti komponen lain,” kata beliau yang juga Pengerusi BN.

Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung PBB ke-14 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching, hari ini. Turut hadir ialah Presiden PBB, Datuk Abang Johari Tun Openg.

Beliau turut bersikap optimis dan meluahkan keyakinan tinggi dengan keupayaan komponen BN Sarawak, terutama diterajui oleh PBB untuk mengekalkan keputusan terbaik ‘A+’ di negeri tersebut dalam PRU ke-14.

“Kita akan pastikan BN Sarawak dan PBB bukan sahaja memperoleh majoriti lebih besar, bahkan mandat penuh rakyat bagi bentuk kerajaan yang kuat dan utuh dalam membawa negara ke era masa depan lebih cemerlang.

“Sudah pasti PBB yang kini dipimpin kapten baharu, Datuk Abang Johari kekal menjadi benteng kekuatan BN secara keseluruhannya,” kata beliau sebaai merujuk kepada ketua menteri Sarawak tersebut.

Sementara itu, Najib berkata bahawa Kerajaan Persekutuan bersedia untuk mengembalikan segala hak Sarawak yang memang termaktub ketika dipersetujui di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Berikutan itu, beliau berkata sebuah jawatankuasa peringkat tinggi bakal ditubuhkan untuk duduk semeja dengan jawatankuasa peringkat tinggi yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan Sarawak.

“Runding dengan baik-baik, cari penyelesaian, semua pihak boleh bincang. Dalam Kabinet Persekutuan pun ada ramai menteri yang datangnya dari Sarawak,” jelas Najib.

Tambah Najib, kerajaan hari ini lebih ikhlas berhubung banyak isu, berbeza dengan keadaan suatu ketika dahulu apabila sesiapa sahaja yang menyentuh soal MA63 akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Walaupun tidak menyebut nama pemimpin itu, kenyataan Najib dipercayai sebagai merujuk kepada tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah menjadi ketua negara selama 22 tahun. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Barisan NasionalNajib Tun RazakParti Pesaka Bumiputera Bersatu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Pusat menghormati pendirian yang disuarakan oleh BN Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd