• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Haram Tarian Lucah Iringi Pengebumian

oleh Ahmad Albab
22/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Pihak berkuasa China melancarkan satu operasi terbaru terhadap perkhidmatan penari separuh bogel yang kini mendapat permintaan tinggi untuk majlis pengebumian di negara itu.

Kementerian Kebudayaan China berkata, perkhidmatan penari itu yang dianggap sebagai haram dan merosakkan moral kini menjadi masalah besar di kawasan pedalaman.

Persembahan tarian dan nyanyian oleh wanita berpakaian seksi itu bertujuan menarik seramai mungkin tetamu ke upacara penghormatan terakhir si mati bagi menunjukkan kekayaan sesebuah keluarga.

Kata kementerian, pihaknya menyasarkan persembahan separuh bogel dan berbentuk lucah pada upacara pengebumian, perkahwinan dan majlis tradisional lain di China.

Pihak berkuasa China mula melancarkan operasi membasmi amalan seperti itu pada 2006 dan melancarkan operasi kedua pada 2015.

Operasi terbaru itu kini ditumpukan terhadap 19 bandar di seluruh empat wilayah di Henan, Anhui, Jiangsu dan Hebei.

Kempen berkenaan turut menawarkan ganjaran kepada orang ramai sebagai galakan menghubungi talian khas untuk melaporkan aktiviti seperti itu kepada pihak berkuasa.

Tiga tahun lalu, pihak berkuasa mendakwa sebuah kumpulan tarian kerana penarinya menanggalkan baju ketika membuat satu persembahan tradisional.

Ketua kumpulan itu dijatuhkan hukuman penjara 15 hari dan didenda 70,000 yuan (RM43,278). – Agensi/myMetro Online

Tags: ChinaTarian
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd