• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buruh Bangladesh, Indonesia Bergaduh Kerana Rebut Lif

oleh
25/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH… Seramai 17 lelaki warga asing terdiri masing-masing daripada 10 rakyat Indonesia dan tujuh lagi dari Bangladesh yang video pergaduhan mereka tular pada hari ini sudah pun direman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, kesemua mereka telah ditahan reman bagi membantu siasatan pergaduhan di sebuah tapak pembinaan pada 10 Februari lalu.

Lucunya insiden di tapak pembinaan di Jalan Bukit Indah 1, Bukit Jalil di ibu negara itu hanya berpunca daripada pekerja tersebut berebut menaiki sebuah lif sebelum ia merebak membabitkan kumpulan dari dua buah negara.

“Puncanya kerana salah seorang suspek lelaki warga Indonesia terpaksa menunggu lif untuk turun ke tingkat bawah dari tingkat 16 dan berlaku perebutan semasa hendak turun menggunakan lif sebelum berlaku tolak-menolak.

“Ia kemudian disusuli aksi tumbuk menumbuk sesama buruh terbabit,” kata Rushdi dalam satu kenyataan media hari ini sebagai mengulas penularan rakaman video kes tersebut yang berdurasi 33 saat sejak lewat semalam.

Berdasarkan rakaman berkenaan, sekumpulan pekerja buruh binaan dilihat saling berkejaran sambil menjerit kuat di atas bumbung sebuah bangunan kediaman berstrata tersebut yang masih lagi dalam kerja-kerja pembinaan.

Visual rakaman berkenaan dimuat naik netizen menerusi laman Facebook. Tambah Rusdi, susulan kejadian tersebut, tiga pekerja binaan warga Bangladesh dan seorang warga Indonesia disahkan mengalami kecederaan.

Empat mangsa terbabit seterusnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Bandar Tun Razak untuk menerima rawatan kecemasan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BuruhGaduh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

13 Kanak-Kanak Ditahan, Gaduh Depan Sekolah Cetus Kebimbangan

13 Kanak-Kanak Ditahan, Gaduh Depan Sekolah Cetus Kebimbangan

11/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Tindakan sekumpulan individu bergaduh di hadapan sebuah sekolah di Bandar Selesa Jaya, Skudai, akhirnya membawa padah apabila...

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam

24/12/2025
0

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam, Insiden Di Taiping Cetus Kontroversi TAIPING – Seorang influencer lelaki mendakwa menjadi mangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd