• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Balotelli Dakwa Diejek Sebagai ‘Monyet’

oleh Ahmad Albab
14/02/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BADAN bola sepak Perancis memberitahu AFP yang mereka akan menyiasat aduan penyerang Nice, Mario Balotelli yang mendakwa mendengar ejekan ‘monyet’ ditujukan kepadanya ketika kekalahan di Dijon pada Sabtu lalu.

Liga Perancis (LFP) memberitahu AFP “kes berkenaan akan diteliti Khamis ini oleh jawatankuasa disiplin” tetapi menambah yang mereka belum mempunyai sebarang bukti setakat ini.

Balotelli dilayangkan kad kuning kerana menunjukkan kemarahannya kepada penyokong ketika perlawanan itu. Dia kemudian memberitahu pengadil yang dia menjadi mangsa ejekan berbaur perkauman.

Nice memuat naik mesej di Twitter ketika perlawanan mengatakan Balotelli ‘dilayangkan kad kuning selepas berang dengan sikap perkauman ditunjukkan penyokong”.

Organisasi British Kick It Out, yang berkempen menentang diskriminasi, mengeluarkan kenyataan “ia mengejutkan melihat Mario Balotelli dilayangkan kad kerana memberitahu pengadil berkenaan cacian berbentuk perkauman yang ditujukan kepadanya oleh penyokong Dijon.”

Menurut Kick It Out, mereka mengharapkan tindakan tegas daripada badan bola sepak Perancis.

Ini bukan kali pertama Balotelli, yang ibu bapanya berasal dari Ghana, menjadi mangsa ejekan berbentuk perkauman.

Musim lalu Bastia dikenakan denda pemotongan satu mata dan pengosongan sebahagian tempat duduk untuk tiga perlawanan oleh Liga Perancis kerana perlakuan penyokongnya.

Kelab itu membatalkan tiket semusim salah seorang penyokongnya manakala mahkamah di Bastia mengenakan hukuman penjara dua bulan selain denda 1,000 euro (RM4.84 juta) dan larangan memasuki stadium selama 18 bulan kepada penyokong berkenaan.

Balotelli turut menjadi mangsa ketika dia bermain untuk Inter Milan dan AC Milan di tanah airnya.

Ketika Euro 2012, UEFA menghukum persekutuan bola sepak Croatia dan menyiasat Sepanyol berikutan ejekan perkauman yang ditujukan penyokong kepada Balotelli.

Pada tahun 2014, polis British menyiasat ejekan di Twitter terhadap Balotelli, yang pernah bermain untuk Manchester City dan Liverpool. – AFP/myMetro Online

Tags: BalotelliLiga Perancis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tingkah Laku Balotelli Di Milan Akan Diperhati

26/08/2015
0

MILAN - Kontrak penyerang kontroversi, Mario Balotelli bersama AC Milan ditambah dengan klausa tingkah laku baik yang menghalangnya daripada menggayakan...

Jaringan Balotelli Bantu Liverpool Atasi Swansea

29/10/2014
0

LONDON - Mario Balotelli hanya menjaringkan gol keduanya untuk Liverpool dalam 12 penampilan ketika pasukan itu bangkit daripada ketinggalan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd