• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Bagai Biduk Lalu Kiambang Bertaut…..”

oleh AK-47
07/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK – Bukan lagi rahsia bahawa pernah ada ‘sembilu’ dalam hubungan dua pemimpin UMNO di Perak ini.

Kedua-duanya dari Pasir Salak, seorang pemimpin lama dan seorang lagi anak muda.

Semasa pemilihan UMNO 2013 lagi dan menjelang PRU14, kini Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Senator Khairul Azwan Harun dan Ketua UMNO bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman berpelukan semula.

Tajuddin sendiri yang mengumumkan ‘kepulangan’ Khairul Azwan atau lebih mesra dipanggil Azwan Bro ke pangkuan UMNO bahagian.

Ibarat kata pepatah `biduk lalu kiambang bertaut’ begitulah pandangan dan senario UMNO Bahagian Pasir Salak.

Sebelum ini, Azwan pernah bertanding Timbalan Ketua bahagian tetapi tewas gara-gara tidak disokong Tajuddin.

Malah, calon yang menentang Tajudin bagi jawatan Ketua, Datuk Zainol Phadzi Paharuddin turut tewas.

Sejak itu kedua-dua tokoh ini dipinggirkan bahagian sehingga kelihatan wujud dua team—Team A dan Team B.

Baru-baru ini Zainol dilantik ahli jawatankuasa bahagian serta dilihat berpotensi mempertahankan DUN Sungai Manik sebagai calon BN dalam PRU ke14 kelak.

Beliau adalah calon paling popular di DUN Sungai Manik sesuai dengan kehendak pucuk pimpinan mahu mengketengahkan calon winnable dan likeable.

Dalam insiden terbaru pula, sebaik Ahli Parlimen Pasir Salak itu mengumumkan berita gembira tersebut ‘anak terbuang’ Azwan Bro terus naik ke pentas sambil memeluk Tajuddin, dengan disambut tepukan para ahli UMNO yang hadir.

Mengulas lanjut Tajudin yang juga Ketua UMNO Pasir Salak, berkata kehadiran kembali Azwan dapat terus memantapkan kekuatan bahgian itu dalam menghadapi Pilihan Raya umum ke-14 (PRU 14) nanti.

“Mulai saat ini saya mengalu-alukan Senator Datuk Khairul Azwan Harun kembali kepada UMNO Bahagian Pasir Salak.

“Dalam menghadapi pilihan raya nanti, semua mesti kerja kuat dengan penuh semangat kesatuan dan perpaduan untuk memastikan Parlimen Pasir Salak mendapat kemenangan besar,’’ katanya semasa berucap pada majlis Perjumpaan Khas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Pimpinan UMNO Pasir Salak di Dewan Orang Ramai Pekan Rabu, Chenderong Balai pada Ahad.

Tajudin menegaskan kepimpinan UMNO Pasir Salak yang beliau pimpin pada hari ini sentiasa bekerja keras memperjuang nasib bangsa, agama dan negara.

Katanya, dalam soal kepimpinan parti bahagian itu apabila tiba masa dan ketikanya beliau rela melepaskan jawatan yang dipeganginya kepada pemimpin pelapis kelak.

“Saya nak bagi tahu Zainol dan Azwan …saya masih muda lagi siapa-siapapun boleh memimpin sampai masanya saya akan lepaskan jawatan kepada pelapis saya,’’ katanya berseloroh.

Tajudin menegaskan Parlimen Pasir Salak selama ini merupakan `fix deposit’ kepada BN kerana membuktikan rekod kecemerlangannya dalam menghadapi pilihanraya sebelum ini.

Beliau optimis dengan adanya barisan pimpinan yang mantap Parlimen Pasir Salak akan mendapat kemenangan besar pada pilihanraya nanti.

Sementara itu, Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Abdullah Fauzi Ahmad Razali ketika ditemui menyambut baik dan mengalu-alukan kemasukkan semula Datuk Senator Khairul Azwan Harun demi memantapkan lagi barisan kepimpinan UMNO bahagian itu.

“Saya yakin dan percaya dengan kehadiran kembali Datuk Senator Khairul Azwan dapat membantu memantapkan jentera parti dalam menghadapi pilihanraya nanti,” katanya.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerusi Parlimen Pasir Salak dimenangi Tajuddin dengan majoriti 7,386 undi.

Kerusi DUN Sungai Manik pula dimenangi Datuk Zainol Fadzi Paharudin dengan majoriti 1,854 undi manakala DUN Kampung Gajah disandang Abdullah Fauzi Ahmad Razali dengan majoriti 6,100 undian. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Adun BNBN Perak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Nenggiri: BN Perak Hantar Jentera Orang Asli Bantu Kempen

PRK Nenggiri: BN Perak Hantar Jentera Orang Asli Bantu Kempen

04/08/2024
0

IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak menggerakkan jentera Orang Asli bagi membantu kempen calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil...

Saarani Dedah Cubaan PN ‘Curi’ 4 ADUN BN

Saarani Dedah Cubaan PN ‘Curi’ 4 ADUN BN

27/11/2022
0

LENGGONG: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, mendedahkan beliau terpaksa bersegera membentuk kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan (PH) selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd