• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bacalah Al-Quran, Bukan Asyik ‘Main’ Gajet – JAIS

oleh
04/02/2018
dalam Gajet, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETAGIHAN serius umat Islam di Selangor yang lebih selesa menghadap gajet ketika khatib sedang membaca khutbah Jumaat akhirnya mendapat perhatian pihak berkuasa agama negeri berkenaan.

Buat julung kalinya dalam sejarah, jemaah terpaksa diingatkan agar tidak berlebih-lebihan ketika menggunakan aplikasi media sosial tersebut dalam kehidupan harian termasuk ‘bermain’ telefon pintar di dalam kawasan masjid.

Menerusi khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini, khatib menyelar budaya penggunaan peranti telekomunikasi itu yang dilihat bertukar wajah menjadi gejala yang sangat membimbangkan.

“Sebahagian umat Islam lebih banyak menghabiskan masa melayari media sosial berbanding membaca ayat suci al-Quran atau membaca bahan berunsurkan kerohanian, keagamaan yang boleh membentuk akhlak baik dalam jiwa.

“Sebaliknya, semakin ramai ketagih melayari media sosial tidak kira masa dan tempat termasuk di masjid dan ketika khatib masih berdiri menyampaikan khutbah Jumaat walhal mendengarnya merupakan rukun solat fardu tersebut.

“Melayari media sosial hingga tidak tumpu perhatian kepada khutbah sedang disampaikan, akan menyebabkan sia-sia, malah merosakkan pahala mendengar khutbah serta mengurangkan pahala solat Jumaat,” tegas khatib.

Kandungan khutbah mingguan yang dikeluarkan oleh pihak JAIS itu malahan turut menegaskan bahawa kandungan berita dan cerita dalam media sosial sebenarnya tanpa disedari pengguna boleh diolah tanpa kawalan sesiapa pun.

“Tidak takutkah amalan kebaikan kita akan hilang begitu sahaja akibat tersalah berkongsi perkara yang tidak baik dan tidak tepat sehingga menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan dalam kalangan umat Islam sendiri akhirnya.

“Bahkan antaranya suka menyebarkan sesuatu hukum agama yang konon ada disebut oleh para ulama tertentu sedangkan hakikatnya tidak benar, atau menyebarkan sesuatu fatwa sedangkan ianya tidak pernah difatwakan.

“Jadikanlah media sosial sebagai jalan untuk dekat diri kepada Allah, perkukuh persaudaraan, menyebarkan ilmu pengetahuan, yang seterusnya dapat menambahkan kebaikan dan memperoleh rahmat,” kata khutbah itu lagi.

Selangor mempunyai 424 buah masjid di seluruh sembilan daerah di negeri itu diberikan tauliah oleh pihak JAIS dengan 58 peratus daripada enam juta penduduknya adalah beragama Islam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: gajetJAISkhutbah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tak Wajar Selangor Dinafi Hak Stadium Shah Alam

Next Post

Malaysia, ASEAN Desak Myanmar Akses Ke Rakhine

Related Posts

Tak Baca Khutbah Disediakan JAIPk, 4 Imam Digantung Tugas

Tak Baca Khutbah Disediakan JAIPk, 4 Imam Digantung Tugas

09/02/2025
0

IPOH: Empat khatib yang juga imam masjid di negeri ini digantung tugas sementara kerana menyampaikan khutbah Jumaat bukan dikeluarkan Jabatan...

Pelajar Maut Kena Renjatan, JAIS Arah Sesi PdP Dihentikan

Pelajar Maut Kena Renjatan, JAIS Arah Sesi PdP Dihentikan

21/12/2024
0

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sebuah sekolah agama di Serdang dihentikan...

Next Post

Malaysia, ASEAN Desak Myanmar Akses Ke Rakhine

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd