• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ayda Jebat Gesa Netizen Guna Media Sosial Dengan Bijak

oleh
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELANTUN lagu Pencuri Hati, Ayda Jebat menggesa orang ramai terutamanya pengguna media sosial untuk bersama mendidik diri dengan hanya membaca portal berita yang sahih.

Hal ini sangat penting bagi menangani sekali gus membendung masalah penyebaran berita palsu daripada terus berleluasa.

Pemilik nama sebenar Nur Suhada Jebat itu berkata, perkara berkenaan perlu dipandang serius kerana pada masa kini, sosial media banyak dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Rata-rata antara mereka begitu gemar menyebarkan berita palsu yang bersifat kontroversi kerana beranggapan mudah untuk tular sedangkan hakikatnya ia adalah palsu dan akhirnya memperdayakan pembaca sendiri.

“Malangnya, mereka menjatuhkan hukum terhadap seseorang individu yang menjadi mangsa tanpa usul periksa,” katanya seperti dipetik sebuah portal online, hari ini.

Dalam pada itu Ayda berkata lagi, sekiranya tiada tindakan undang-undang diambil berhubung kesalahan itu, dikhuatiri hal berkenaan mampu menjadi ancaman baharu kepada masyarakat termasuk golongan artis sendiri.

Jelasnya, ketiadaan undang-undang yang berkaitan dengan perkara itu akan membuatkan golongan artis yang berpengaruh takut untuk berkongsi sesuatu melainkan kepada media yang berkredibiliti dan diiktiraf.

“Jika senario ini berterusan saya bimbang kadar jenayah siber akan terus meningkat dan seolah-olah memberi ancaman baharu kepada masyarakat.

“Bagi menyelesaikan ma­salah yang makin membimbangkan itu, kerajaan perlu cari mekanis­me baharu bagi halang dan ambil tin­dakan terhadap mana-mana individu berkongsi berita palsu tanpa dikawal,” jelas Ayda.

Sehubungan itu, Ayda berharap orang ramai sedar dan menggunakan media sosial dengan penuh adab untuk ke jalan kebaikan yang mendatang lebih banyak manfaat. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Ayda JebatNetizennetizen bawang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd