• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Akan Bantu Pastikan Kelancaran PRU14

oleh AK-47
20/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUBANG PASU – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membantu bagi memastikan proses sebelum, semasa dan selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti berjalan lancar, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharom.

Beliau berkata ATM akan bersama-sama pihak polis meningkatkan kawalan di kawasan tumpuan orang ramai bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku sepanjang PRU14.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan wang ihsan banjir bagi daerah Kubang Pasu di Dewan Tunku Anum di Jitra dekat sini hari ini. Turut hadir Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah Leftenan Kolonel (Pertahanan Awam) Awang Askandar Ampuan Yaacub.

Kira-kira 500 mangsa banjir di daerah itu menerima bantuan sebanyak RM500 setiap keluarga bagi meringankan beban yang ditanggung akibat banjir yang berlaku pada September dan Oktober 2017.

Mohd Johari yang juga anggota Parlimen Kubang Pasu berkata ATM mempunyai aset canggih yang boleh digemblengkan bagi memastikan kelancaran PRU14 sekiranya berlaku bencana alam di kawasan pedalaman. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohd Johari BaharomPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd