• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ardell Kesal Masih Diganggu Kaum Sejenis Lepas Hijrah

oleh
21/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN sudah beberapa bulan berhijrah serta berhijab, pelakon kecil molek Ardell Aryana masih lagi menerima mesej daripada kaum wanita yang ingin ‘bercinta’ dengannya.

Baca: Kerana Bertudung, Tawaran Ardell Banyak Dibatalkan?

Dalam pada itu, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 28, turut berasa kesal kerana ada desas desus mengatakan kononnya dia bertudung demi menutup kontroversi yang melanda dirinya.

Namun, bagi gadis yang berasal dari Kuala Selangor itu, dia tidak mahu terlampau memikirkan tuduhan tersebut kerana hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu segala-galanya malah turut berusaha perbaiki diri serta istiqamah.

“Walau apapun yang saya katakan atau jelaskan, sehingga kini masih ada yang kata saya bertudung sebab nak menutup mulut-mulut orang yang gelarkan saya pengkid atau lesbian sebelum ini.

“Hakikatnya mereka di luar sana tidak berada di tempat saya dan tidak pernah tahu apa yang saya lalui. Jadi biarlah Allah sahaja yang tahu.

“Dulu saya sentiasa elak untuk beri komen tentang perkara begini, tapi sekarang saya sudah kisah dengan apa sahaja yang orang nak perkatakan kerana saya tahu apa yang saya lakukan,” katanya dipetik daripada portal MalaysiaDigest.

Malah kontroversi yang mengatakan kononnya dia menjalin hubungan cinta dengan golongan sejenis itu turut berpanjangan walaupun sudah bertudung.

Baginya, perbuatan kebanyakan wanita itu bagaikan bertujuan untuk menarik perhatiannya sahaja sehingga membuatkan pelakon drama Cinta Hati Batu itu berasa tertekan.

“Saya pun pelik juga walau kini dah bertudung, masih juga ada golongan ‘sejenis’ yang cuba mendekati dan mengganggu saya. Kalau buka DM (mesej di Instagram), ada sahaja golongan ini yang cuba menarik perhatian saya dengan pelbagai cara.

“Tidak kurang juga yang persoalkan kenapa saya pakai tudung, malah yang paling lucu bila ada perempuan yang nak jadi ‘abang-abang’ bila saya dah bertudung.

“Jujurnya saya rasa sangat kecewa dan tertanya-tanya kenapa mereka tidak boleh respek penghijrahan saya, malah masih berterusan ganggu saya dengan perkara sebegini,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Ardell pernah memberitahu media bahawa salah satu sebab utama mengapa dia memilih untuk berhijrah ialah sebaga hadiah hari lahir buat ibunya.

Namun akui dengan komitmen kerja, pengacara FMC Music Live Show itu perlu menangguh niat baiknya itu dan dia diberi kekuatan untuk bertudung selepas pulang dari bercuti seorang diri dekat Bali pada tahun lalu.

Disebakan penghijrahan itu, banyak perubahan berlaku dalam dirinya dan antaranya ialah kehidupannya tambah baik walaupun pada mulanya dia telah kehilangan banyak tawaran lakonan hanya disebabkan sudah bertudung.

Bukan itu sahaja, teman-teman rapatnya juga mula menjauhkan diri tetapi kini semuanya sudah kembali seperti sedia kala.

“Pada bulan-bulan awal tampil dengan imej bertudung, saya akui memang berdepan dengan saat-saat cukup sukar di mana ramai tidak dapat menerima perubahan saya yang dikatakan berlaku secara drastik.

“Namun alhamdulillah saya dapat melalui cabaran itu dengan sebaiknya kerana saya teguh berpegang bahawa saya berubah kerana hidayah Allah dan bukan kerana sesiapa atau sebab apa-apa,” ujarnya dengan penuh kejujuran.

Kata orang Hidayah itu milik Allah dan sesiapa sahaja berhak berubah serta memperbaiki diri untuk menjadi seorang insan yang berguna. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Ardell AryanaHijrahkaum sejenisNetizen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Tokan Dadah Langgar Lari Polis

Next Post

2 Penyanyi Dakwa Dianiaya, Mahu Saman Farid Kamil

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

2 Penyanyi Dakwa Dianiaya, Mahu Saman Farid Kamil

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd