• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Penyanyi Dakwa Dianiaya, Mahu Saman Farid Kamil

oleh
21/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA penyanyi yang didakwa memasukkan dadah ke dalam minuman pengarah, Datuk Farid Kamil mahu mengambil tindakan perundangan bagi membersihkan nama mereka yang terjejas.

Peguam yang mewakili penyanyi, Ahmad Tajuddin (Taj Innuendo) dan Ahmad Fairuz Ahmad Rusli (Osh) iaitu Muhammad Akmal Arif Shamsul mendedahkan anak guamnya itu mengakui telah dianiaya berhubung kes tersebut.

Sehubungan itu, kedua-dua anak guamnya tersebut berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama mereka yang telah pun tercalar gara-gara kes ‘panas’ berkenaan.

“Bagi membela nasib individu yang dianiaya, pihak kami mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadap Farid Kamil,” kata Akmal dipetik sebuah portal online.

Pun begitu, Akmal berkata pihaknya kini masih menunggu siasatan polis dan bercadang untuk mengadakan sidang media sebelum mengambil tindakan lain.

“Buat masa sekarang pihak kami sedang menunggu tindakan lanjut daripada pihak polis. Pihak Taj sedia memberikan kerjasama untuk membantu siasatan.

“Apa yang didakwa oleh pihak Farid tidak menjejaskan reputasi Taj, namun dia pun agak terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku,” jelasnya.

Pengarah, Farid Kamil.

Sebelum ini, Farid pernah membuat laporan polis mendakwa tiga rakan artis telah melakukan onar terhadapnya dengan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam minuman sekali gus menjadi punca perlakuan anehnya di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu.

Selain minuman tersebut, Farid juga mendakwa bahawa dia diberikan rokok bersalutkan sejenis cecair yang tidak dikenal sehingga mendorongnya berkelakuan agresif di balai polis berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Datuk Farid KamilFarid KamilInnuendoSofi Jikantaj innuendo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

16/09/2023
0

PETALING JAYA: Rujuk demi anak-anak. Itu keputusan diambil Farid Kamil, 42, dan bekas isteri, Diana Danielle, 32, yang bercerai talak...

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

10/08/2023
0

SHAH ALAM: Pelakon Farid Kamil, 42, dan isterinya, Diana Danielle, 32, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd