• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan 6 Bot Bawa 111 Pekerja Asing Di Tawau

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan enam bot jongkong mencurigakan membawa 111 warga asing yang bekerja sebagai nelayan di perairan Inderasabah dekat sini, pagi semalam.

Pengarah Maritim Daerah Kapten Maritim Romli Mustafa berkata kesemua bot yang bergerak secara berkelompok itu dikesan pasukan bot ronda APMM di kedudukan antara 1.56 batu nautika sehingga 1.58 batu nautika dari selatan Inderasabah pada jam 8.15 pagi.

“Pemeriksaan mendapati kesemua bot membawa awak-awak lelaki berumur 12 hingga 65 tahun itu dari kawasan bagang menuju ke Inderasabah dengan membawa hasil ikan bilis serta peralatan bagang.

“Siasatan lanjut mendapati, 52 daripada 111 awak-awak tersebut turut tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri manakala 59 lagi dibebaskan kerana memiliki dokumen sah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Romli berkata kesemua bot yang diperiksa dan awak-awak yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri ditahan dan dibawa masuk ke Jeti Maritim Malaysia Daerah Tawau untuk pemeriksaan lanjut bersama pihak Imigresen Tawau.

Sementara itu, katanya pihak maritim akan meningkatkan rondaan dan pemantauan bagi memastikan tugas-tugas penguatkuasaan dilaksanakan tanpa gagal sekali gus berusaha mengurangkan perlanggaran undang-undang di perairan Malaysia khususnya Tawau.

Romli berkata orang ramai disaran menjadi mata dan telinga bagi membantu Maritim Malaysia dalam membanteras setiap kegiatan yang melanggar undang-undang negara ini.

Katanya lagi, individu yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pelanggaran undang-undang di perairan Tawau atau aduan boleh menghubungi talian hotline APMM TAWAU di talian 089-752115 atau talian kecemasan MERS 999. – BERNAMA

Tags: APMMpekerja asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sekarang Sudah Terbalik 80 Peratus Pekerja Asing, 20 Peratus Pekerja Tempatan” – Johari Ghani Tegur Pihak Industri

“Sekarang Sudah Terbalik 80 Peratus Pekerja Asing, 20 Peratus Pekerja Tempatan” – Johari Ghani Tegur Pihak Industri

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegur pihak industri yang masih bergantung kepada...

Lim Guan Eng Dakwa PMX Dikelirukan Berkenaan Caruman KWSP Pekerja Asing

Lim Guan Eng Dakwa PMX Dikelirukan Berkenaan Caruman KWSP Pekerja Asing

31/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan maklumat salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd