• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Apa Maksud Zul Ariffin?” – Zainol Macwilson

oleh Haris
06/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DESAS-DESUS yang mengatakan bahawa hubungan Zainol Macwilson dan Zul Ariffin tidak begitu baik terus menjadi bualan hingga kini.

Terbaru, memetik sumber Harian Metro Online, bapa pelakon Zahirah Macwilson, Zainol MacWilson membidas kenyataan Zul Ariffin yang meminta Zainol perlu lebih bersikap matang dan berterus-terang.

Menurut Zainol, dia sendiri tidak memahami apa maksud yang cuba disampaikan Zul.

“Usia saya kini sudah menjangkau 60 tahun. Saya sudah berkahwin dua kali dan ada empat anak yang sudah besar.

“Terus terang saya tak faham dengan maksud Zul yang mengatakan saya harus lebih matang sedangkan saya lebih lama hidup dan faham dengan asam garam kehidupan,” katanya dipetik daripada portal Harian Metro Online.

Zainol menjelaskan bahawa dia tidak pernah menghalang dan tidak mempunyai masalah jika anaknya terus berkawan dengan Zul namun kedua-dua mereka harus memahami maksud sebenar berkawan.

Jelasnya, jika diikutkan dirinya, dia tidak mahu Zahirah menjalin hubungan cinta memandangkan potensi besar ditunjukkan Zahirah sebagai pelakon selain kerana usianya yang masih muda.

“Saya selalu nasihat kepadanya supaya tidak mudah tergoda atau terjebak dengan percintaan sesama artis.

“Saya tak nak dia hanyut kerana cinta. Saya mahu dia fokus terhadap karier kerana masih muda dan mempunyai potensi besar sebagai pelakon,” ujar Zainol.

Bagi Zainol, perjalanan seni anaknya itu masih jauh dan tidak mahu Zahirah dipergunakan oleh mana-mana lelaki buat masa ini.

Terdahulu, Zul dalam satu kenyataan sebelum ini mempersoalkan tindakan bapa kekasihnya itu mengeluarkan beberapa kenyataan berbaur sinis di laman media sosial sehingga menimbulkan spekulasi luar kononnya hubungan mereka tidak direstui.

Dalam kenyataannya waktu itu, Zul berpendapat bahawa jika benar Zainol tidak merestui hubungan mereka berdua, dia perlu lebih berterus-terang dan tidak hanya menggunakan media sosial untuk meluahkan pendapatnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: pelakonZahirah MacwilsonZainol MacwilsonZul Ariffin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd