Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

KPM Bincang Kenaikan Gaji...

NIBONG TEBAL  - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam radar perbincangan berhubung saranan menaikkan...

Bawa Diri, Iqbal Tinggalkan...

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan kontroversi, Iqbal Zulkefli memaklumkan dirinya meninggalkan tanah air...

Nilai Semula Diri Untuk...

PUTRAJAYA - Masyarakat disaran bermuhasabah diri dengan menjadikan sambutan Hari Kebangsaan sebagai titik...

Rumah MB Jadi Pusat...

ALOR SETAR - Prihatin dengan nasib mangsa banjir di Pantai Timur, sebuah pusat...

Anak Dara Dirisik Netizen, Ini Nasihat ‘Padu’ Norman…

SEJAK dua menjak ini, anak-anak pelakon, Norman Hakim dan bekas isteri, Abby Abadi sering menjadi perhatian netizen.

Jika sebelum ini, anak sulung mereka iaitu Mohamed Danish Hakim menarik perhatian kerana menjadi salah seorang antara 10 pelajar yang terpilih untuk melanjutkan pengajian hafazan di Turki.

Kali ini, anak kedua mereka pula iaitu Marissa Dania Hakim menjadi bualan hangat dalam netizen dek kerana personaliti yang dimilikinya.

Rata-rata memuji kecantikan yang dimiliki gadis berusia 13 tahun itu selain turut terpesona dengan sikapnya yang pemalu dan sopan sehinggakan ramai yang cuba ‘merisik’ anak dara Norman itu.

Ekoran perkara itu, Norman menerusi salah satu entri di Instagram miliknya pada Khamis dilihat ‘terpanggil’ memberi respon berhubung hal tersebut.

Dengar cerita budak kecik @marissadania_ ni tgh ‘viral’.Viral untuk apa tu?Yang pasti habis DM papa penuh dgn ‘risik’an yg padu.Yang pilu pun ada jugak . . Nak bgtau anak dara saya ni umur in shaa Allah tahun ni masuk 13 tahun bulan Julai nanti.Jauh perjalanan lagi.Hafazan Al-Quran pun masih suku ke separuh perjalanan . . Kepada majoriti yg ber’niat’ utk menjadi ‘Imam’ tu melalui DM yg saya baca,alhamdulillah utk nawaitu yg suci & ikhlas tu.Saya anggap itu sebhgn drpd permulaan ukhwah & silaturahim sesama kita.Sepatah kata mama @abby_abadi112 ‘Utamakan yang utama’.Letakkan tanggungjawab pertama sebagai anak lelaki yg juga bakal ‘imam’ yg pertama sekali of course kpd Allah s.w.t.Seterusnya jaga keramat hidup iaitu ibubapa kita umpama esok tiada lagi hari utk kita didunia ini . . Lepas tu barulah fikirkan utk ‘mendirikan masjid’.Saya bercakap berdasarkan pengalaman.Nak mendirikan ‘masjid’ ni bukan sekadar bersandar pada teori.Saya yg dah nak masuk anak ke-6 ni pun masih lagi belajar seni utk ber’masjid’ . . Wallahualam segala yg terbaik hanya dariNya.Seboleh mungkin bila ‘comment’ kat anak dara saya ni kat ig dia,sama2 selitkan doa utk dia sbb doa yg baik2 tu semua in shaa Allah akan berbalik pada kita semula.Pakai bahasa ‘wicet’ pun no hal janji sempoi & maksud sampai.Yang penting #Hablumminallahwalhablumminannas .Itu yg sama2 kita jaga ok👌🏻Aamiin in shaa Allah❤

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Menerusi entri itu, Norman dilihat sempat berkongsi mengenai direct message (DM) yang diterima oleh dirinya daripada netizen yang cuba ‘merisik’ Marissa.

“Dengar cerita budak kecik @marissadania_ ni tengah ‘viral’. Viral untuk apa tu? Yang pasti habis DM papa penuh dengan ‘risikan’ yang padu. Yang pilu pun ada juga.

“Nak bagitau anak dara saya ni umur in shaa Allah tahun ni masuk 13 tahun bulan Julai nanti. Jauh perjalanan lagi. Hafazan Al-Quran pun masih suku ke separuh perjalanan,” katanya menerusi entri tersebut.

Bahkan, Norman juga menasihati kepada mereka mempunyai niat itu agar lebih memberikan keutamaan kepada apa yang perlu terlebih dahulu terutamanya dalam soal tanggung jawab terhadap Allah dan ibu bapa.

“Kepada majoriti yang berniat’ untuk menjadi ‘Imam’ melalui DM yang saya baca, Alhamdulillah untuk nawaitu yang suci dan ikhlas itu. 


“Saya anggap itu sebahagian daripada permulaan ukhwah & silaturahim sesama kita. Sepatah kata mama @abby_abadi112 ‘Utamakan yang utama’.

“Letakkan tanggungjawab pertama sebagai anak lelaki yang juga bakal ‘imam’ pertama sekali sudah tentu kepada Allah SWT. Seterusnya jaga keramat hidup iaitu ibu bapa kita umpama esok tiada lagi hari untuk kita di dunia ini.

“Lepas itu barulah fikirkan untuk ‘mendirikan masjid’. Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Nak mendirikan ‘masjid’ ni bukan sekadar bersandar pada teori.

“Saya yang dah nak masuk anak ke-6 ni pun masih lagi belajar seni untuk bermasjid,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi drama Gerak Khas itu turut memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat anaknya itu kerana sesungguhnya doa baik itu kelak akan balik pada diri sendiri.

“Wallahualam segala yang terbaik hanya dari-Nya. Seboleh mungkin bila ‘comment‘ kat anak dara saya ni kat Instagram dia, sama-sama selitkan doa untuk dia sebab doa yang baik-baik itu semua Insha-Allah akan berbalik pada kita semula.

“Pakai bahasa ‘wicet’ pun no hal janji sempoi dan maksud sampai. Yang penting  #Hablumminallahwalhablumminannas. Itu yang sama-sama kita jaga okay 👌🏻Aamiin insha-Allah❤,” katanya lagi.

Perkongsian Norman itu dilihat telah meraih lebih daripada 20,000 tanda suka dan terus menjadi perhatian netizen khususnya di Instagram. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori