Friday, May 24, 2024

Creating liberating content

PAS Sindir Kerajaan PH...

SINIS... Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kehairanan dengan tindak tanduk sebilangan...

Sultan, Sultanah Kedah Berangkat...

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan...

PPIM Tidak Gentar Ugutan...

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak gentar dengan ancaman dan ugutan diterima daripada...

Pemikiran Pengundi Muda Sangat...

KUALA TERENGGANU – Corak pemikiran pengundi muda yang kompetitif menjadi pembakar semangat Pemuda...

Amaran Cuaca Waspada Di 8 Bahagian Sarawak

KUCHING – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada (peringkat kuning) di beberapa kawasan di lapan bahagian di Sarawak bermula hari ini, yang dijangka berterusan hingga Isnin.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata dalam amaran itu yang dikeluarkan pada 1.30 tengah hari tadi, ia menjangkakan hujan lebat berlaku di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman (Daerah Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Daerah Sibu dan Selangau) serta Mukah.

“Sehubungan itu, semua Bilik Operasi Bencana Bahagian bersedia untuk diaktifkan pada bila-bila masa sebagai tindakan kesiapsiagaan menghadapi bencana yang bakal berlaku terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi seperti banjir dan tanah runtuh.

“Semua Pejabat Residen juga dimohon untuk memastikan pusat-pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas manakala Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) memiliki aset-aset pengoperasian mencukupi serta berada di dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata Bilik Gerakan Negeri kini sedia menerima maklumat bantuan pengurusan dan pengopersian bencana dari semasa ke semasa.


Bilik Gerakan Negeri boleh dihubungi di talian 082-443991/446991, nombor faksimili 082-442730 dan e-mel [email protected]. – BERNAMA

Kategori