• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aizat Tak Terkilan ‘Jangan Menangis’ Tidak Ke AJL32

oleh Haris
15/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIADAAN lagunya bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) dianggap perkara biasa bagi penyanyi dan penggubah lagu, Aizat Amdan.

Aizat atau nama sebenarnya Muhd. Aizat Amdan, mengakui peminatnya mengharapkan lagu nyanyiannya, Jangan Menangis turut bertanding di pentas akhir AJL32 namun tidak menyimpan rasa kecewa.

Bagi Aizat, dia sudah melalui zaman di mana setiap lagunya menjadi siulan ramai serta dipertandingkan di anugerah tersebut.

Oleh itu, dia ‘bersetuju’ pentas tersebut diganti oleh penyanyi baharu pula.

“Apa yang kita lihat di pentas AJL32 itu adalah perkara biasa. Industri muzik memang perlukan pelapis muda untuk terus mewarnai dunia seni.

“Saya tahu memang ada beberapa individu yang mengharapkan lagu saya iaitu Jangan Menangis tersenarai calon akhir tetapi saya tidak kecewa pun,” katanya.

Aizat turut bertanding pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 32 bersama 29 lagu lain pada November lalu namun tidak dipilih untuk beraksi di pentas berprestij AJL32.

Menurut Aizat, lagu ciptaannya bersama Faizal Tahir, Mike Chan itu sudah cukup istimewa buat mereka apabila diilhamkan sewaktu menyertai ekspedisi 1Moment4Them bagi membantu rakyat Syria pada 2013.

Biarpun tidak turut bertanding pada AJL32 tempoh hari, Aizat berasa terharu dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk mengadili kesemua lagu yang bertanding pada malam tersebut.

Aizat dipilih menjadi salah seorang daripada 10 juri yang dibarisi nama-nama besar dalam industri muzik negara yang diketuai komposer terkenal, Azmeer.

“Saya gembira kerana dapat duduk bersama-sama otai dalam industri seperti Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Datuk Ramli Sarip dan Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah).

“Saya dipilih sebagai wakil orang muda. Memang rasa gementar apabila bersama-sama dengan orang hebat dalam industri,” katanya memetik Harian Metro.

Aizat turut berterima kasih kepada pihak produksi kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menggalas tugas berat melalui satu perkongsian di laman sosial Instagram miliknya.

It was an honour & experience to be working with the giant judges of #AJL32 yesterday. Takkan saya lupakan seumur hidup. Terima kasih @tv3malaysia kerana memberi kepercayaan kepada saya yg masih perlu byk belajar. InsyaAllah. #tv3malaysia #anugerahjuaralagu32

A post shared by Aizat Amdan (@aizatamdan) on Feb 12, 2018 at 1:35am PST

“Ia merupakan satu pengalaman dan penghormatan untuk bekerja bersama juri-juri nama besar di AJL32 semalam. Takkan saya lupakan seumur hidup.

“Terima kasih @tv3malaysia kerana memberi kepercayaan kepada saya yg masih perlu banyak belajar,” tulisnya disertai sekeping gambarnya berada di kerusi juri AJL32.

Pada tahun 2009, Aizat pernah menjuarai pertandingan tersebut melalui lagu ciptaan Pete Teo dan Amran Omar berjudul Pergi selain turut pernah memenangi kategori Persembahan Terbaik di AJL menerusi lagu Kau Aku.

Di laman Instagramnya juga, Aizat turut berkongsi bahawa lagu barunya berjudul Sampai Ke Hari Tua akan dilancarkan beberapa hari saja lagi. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: aizat amdanAJL32Juri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Langkawi Disebut Dalam Drama Star Trek

Next Post

Pejabat KM Sarawak Nafi Beri Amaran Kepada Petronas

Related Posts

Aizat Simpan Kisah Cinta, Buat Lagu Khas Untuk Ayah

21/04/2018
0

PENAT asyik ditanya soal kisah percintaan berbanding karier seni, penyanyi lagu Susun Silang Kata, Aizat Amdan menegaskan bahawa dia tidak...

Sering Cover Lagu, Ernie Tujukan Khas Buat Peminat

27/03/2018
0

LAZIMNYA para penyanyi popular tempatan masa kini pasti akan berkongsi klip rakaman nyanyian mereka buat halwa telinga peminat mereka di...

Next Post

Pejabat KM Sarawak Nafi Beri Amaran Kepada Petronas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd