• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aeril Berang, Foto Keluarga Diguna Tanpa Kebenaran

oleh
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON, Aeril Zafrel meluahkan rasa kecewa serta berang terhadap perilaku peniaga online yang menggunakan foto keluarganya bagi tujuan komersial.

Memetik laporan mStar Online, Aeril memaklumkan bahawa pihak pengurusannya kini dalam perancangan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit.

“Pemilik laman web ini telah menggunakan gambar saya dan isteri tanpa kebenaran untuk tujuan promosi dan perniagaan mereka.

“Pihak pengurusan kami dalam usaha mengambil tindakan undang-undang ke atas pengendali page ini kerana keengganan bekerjasama meskipun beberapa kali amaran telah diberikan oleh pihak kami,” kata Aeril.

Sehubungan itu, Aeril menegaskan bahawa mereka sekeluarga sama sekali tiada kaitan dengan syarikat berkenaan selain turut menyatakan tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang masalah sepanjang urusniaga berjalan.

“Saya dan isteri juga tidak terlibat dalam urusan perniagaan syarikat tersebut. Justeru itu, kami tidak akan bertanggungjawab bagi segala perkara berbangkit.

“Tujuan hal ini diuar-uarkan bagi mengelak sebarang kemungkinan yang boleh mendatangkan kemudaratan, kerugian dan ketidak-baikan dalam perkara-perkara yang tidak diingini berlaku pada saya dan isteri juga kepada mana-mana pihak lain yang berurusan dengan entiti perniagaan tersebut,” tulisnya menerusi entri yang dimuat naik pada Selasa lepas.

Entri yang dimuat naik Aeril itu mendapat perhatian daripada netizen yang mana rata-rata bersetuju dengan tindakan pelakon itu yang bertujuan untuk menyedarkan mengenai penipuan tersebut.

Sehingga kini, entri tersebut dilihat menerima lebih daripada 10,000 tanda suka di laman Instagram. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Aeril ZafrelNetizennetizen bawangWawa Zainal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd