• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Negara Gesa PBB Tangani Krisis Rohingya

oleh Ahmad Albab
08/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Britain, Perancis, Amerika Syarikat (AS) berserta lima negara lain menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membincangkan nasib ratusan ribu pelarian Rohingya yang melarikan diri dari kekejaman tentera di Myanmar, kata diplomat.

Majlis berkenaan bakal mengadakan pertemuan pada Selasa depan bagi mendengar pembentangan laporan Pelarian Fillipo Grandi oleh Suruhanjaya Tinggi PBB berhubung krisis yang dicetuskan tentera Myanmar di Rakhine sejak Ogos tahun lalu.

Sweden, Poland, Belanda, Kazakhstan dan Guinea Khatulistiwa menyuarakan hasrat menyertai perbincangan bersama tiga anggota tetap majlis berkenaan.

Pertemuan itu diadakan hampir tiga bulan selepas Majlis mempertimbangkan cadangan mengekang kuasa tentera Myanmar sekali gus membenarkan pelarian Rohingya pulang semula ke kampung halaman mereka.

Lebih daripada 750,000 pelarian Rohingya dilaporkan melarikan diri dari negara majoriti penduduk Buddha itu ke Bangladesh akibat trauma dengan kekejaman tentera yang membunuh, merogol malah membakar perkampungan mereka.

Bulan lalu, Bangladesh dan Myanmar bersetuju menghantar pulang pelarian dalam tempoh dua tahun, namun PBB menyatakan kebimbangan selepas agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) disingkirkan dari perjanjian itu.

Perhimpunan Agong pada Disember mengangkat satu resolusi yang meminta Setiausaha Agong, Antonio Guterres menamakan seorang duta khas ke Myanmar namun perlantikannya belum diputuskan.

China yang menyokong kuat mantan pemerintah Junta di Myanmar serta Russia mengundi menentang resolusi berkenaan. Kedua-duanya memegang kuasa veto dalam majlis berkenaan.

Kerajaan Myanmar enggan menerima lawatan wakil khas ke wilayah Rakhine dengan alasan “ia bukan masa yang sesuai,” kata Duta Besar Kuwait Mansour al-Otaibi. – AFP/BH ONLINE

Tags: PBBRohingya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

12/06/2026
0

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mempergiat tindakan penguatkuasaan menerusi Operasi Pemandu Warga Asing bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd