Sunday, November 10, 2024

Creating liberating content

Tolak Tindakan Yang Menghalang...

KOTA KINABALU - ​​​​Ketua Menteri ​​​Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini...

Seleweng Sejarah Untuk Nafi...

PERKEMBANGAN berkaitan usaha menolak ketuanan Melayu di Malaysia kebelakangan ini, atau lebih tepat...

Tak Mengaku Hina Islam,...

MELALUI laman mikro Twitter peribadinya pada Sabtu, Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty Malaysia, Eric...

Cristiano Ronaldo Catat Hatrik...

BARCELONA - Cristiano Ronaldo mencatat rekod hatrik kali ke-23 dalam aksi La Liga...

40% Pelajar Di N. Sembilan Tiada Lesen Motosikal

SEREMBAN – Sebanyak 40 peratus pelajar sekolah menengah di Negeri Sembilan didapati tidak memiliki lesen motosikal B2, kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Azrin Borhan.

Beliau berkata tahap kesedaran yang rendah mengenai kepentingan memiliki lesen memandu dikenal pasti antara punca utama mereka tidak mempunyai lesen berkenaan.

“Kami dapati kesedaran masih kurang mengenai bahaya memandu tanpa lesen. Lesen memandu ini bukan hanya satu dokumen sah untuk memandu atau menunggang motosikal, malah ia membantu pemilik untuk memandu secara berhemah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program myLesen Kadet Pengangkutan Jalan peringkat Negeri Sembilan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya di sini, hari ini.

Sehubungan itu, katanya program myLesen Kadet Pengangkutan Jalan akan diperluaskan di sekolah menengah di negeri ini bagi meramaikan lagi pelajar sekolah memiliki lesen motosikal.

Katanya setakat ini, sebanyak 13 sekolah menengah membabitkan 700 pelajar di negeri ini telah menyertai program tersebut.

“Melalui program ini, pelajar berusia 16 tahun ke atas yang menyertai Kadet Pengangkutan Jalan layak untuk memiliki lesen memandu B2 secara sah dengan kadar bayaran RM199 sahaja. Namun, bila menjadi anggota Kadet Pengangkutan Jalan tidak bererti mereka akan terus dapat lesen. Mereka perlu mengikuti modul yang JPJ sediakan sebelum disahkan lulus dan layak memiliki lesen,” katanya.


Azrin berkata program myLesen Kadet Pengangkutan Jalan diperkenalkan dalam usaha untuk mendidik generasi muda mengenai isu-isu keselamatan jalan raya.

Katanya modul untuk Kadet Pengangkutan Jalan ini juga turut merangkumi etika ketika berada di jalan raya. – BERNAMA

Kategori