• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

36 Anggota Kongsi Gelap ‘Geng 04’ Didakwa Di Ipoh

oleh Ahmad Albab
20/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seramai 36 anggota kumpulan kongsi gelap ‘Geng 04’ dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi anggota kumpulan jenayah terancang.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh semasa pertuduhan dibacakan jurubahasa masing-masing dalam bahasa Tamil dan Melayu di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mengikut pertuduhan, 36 tertuduh berumur antara 20 dan 60 tahun itu didakwa menjadi anggota kumpulan jenayah terancang Geng 04 antara 1 Jan 2015 hingga 27 Jan lepas di daerah Kinta, di sini.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum menerusi seksyen sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun.

Mereka yang dituduh ialah Mohamed Shariff Mohamed Ibrahim, Muhamed Sidik Mohamed Ibrahim, M. Perbakaran, R. Sargunan, B. Murli, M. Ganesan, N. Michael Raj, M. Selva, S. Jesudass, K. Kartikkesan, S. D Kevan, P. Jeventhyren, L. Tamil Selven, S. Kalidas, K. Arun dan Abdul Rahman Subbaiah Salim.

Kesemua mereka diwakili peguam masing-masing.

Manakala A. Kughan, J. Thruselvam, K. Thiruchelvan, K. Kugan, A. Samuel Dhinakaran, K. Sattiyarao, S. Vijendran, B. K Chandran, S. Thatchana Moorthy, M. Munian, R. Kesavan, P. A Fatri, F. Niclos, S. K Jagathesan, R. Paramesh Rao, A. Govalsamy, T. S Kavitheian, C. Tinabalan, K. Selvam dan T. Kamal tidak diwakili peguam.

Pendakwaan kes pula dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin dan Mohd Izhanudin Alias.

Mahkamah menetapkan 20 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, semua tertuduh dibawa menaiki dua trak polis kira-kira 9 pagi dengan dikawal ketat 11 pegawai dan 104 anggota polis bertugas di sepanjang laluan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak ke kompleks mahkamah hingga ke Mahkamah Sesyen 2 di sini.

Bagaimanapun wartawan tidak dibenarkan memasuki kamar mahkamah untuk mendengar proses pendakwaan. – BERNAMA

Tags: Kongsi Gelap
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Saudi ‘Gam’ Penulis Kutuk Azan Ganggu Tidur

Next Post

Aura Tular YB Ini ‘Marah’ Makbul Selepas 12 Jam

Related Posts

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

15/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Empat belas remaja, termasuk pelajar sekolah antara 61 individu ditahan dalam serbuan polis ke lokasi dipercayai tempat upacara...

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

29/05/2024
0

Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012...

Next Post

Aura Tular YB Ini 'Marah' Makbul Selepas 12 Jam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd