• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aura Tular YB Ini ‘Marah’ Makbul Selepas 12 Jam

oleh
20/02/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KISAH unik YB di Melaka ini pernah disiarkan Mynewshub pada 1 Mac 2016 dan bagi penduduk di kawasan Parlimen Tangga Batu, beliau amat dikenali kerana amat rajin membela nasib rakyat!

Bayangkanlah berbeza gaya dengan YB lain, jika jenguk ke laman sosial Facebook milik Datuk Abu Bakar Mohamad Diah, memang ada sesuatu menarik dengan tagline ‘Setiap Hari Saya Mesti Rajin. Kita Kena Buat Kerja Berfaedah’.

Sebenarnya itulah diharapkan setiap YB Barisan Nasional (BN) kerana setiap tindak tanduk menjadi cerminan dasar kerajaan prihatin yang jauh berlainan dengan wakil rakyat pembangkang waima di negeri dikuasai mereka sendiri.

Memang wajarlah ramai ‘tabik’ kepada Abu Bakar yang juga merupakan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kerana beliau diketahui memang jenis cakap serupa bikin selain ada ada stail tersendiri.

Namun kisah kali ini agak sempoi sikit apabila beliau dilaporkan naik angin dan kelmarin bikin sensasi dengan merakamkan gambar eksklusif sedang bersila sambil tekun berdoa di depan sebuah lubang jalan yang gagal diturap.

Justeru mungkin ramai boleh faham kenapa Abu Bakar geram kerana sebenarnya sudah lebih sebulan komplen mengenai kes itu. Gara-gara ‘posing maut’ tersebut, jalan itu tiba-tiba terus diturap oleh pihak berwajib terbabit.

Barang kali isu jalan berlubang ini memang nampak kecil di mata sesetengah orang. Sebaliknya bayangkan jika penunggang motosikal lalu di situ terutama pada waktu malam. Jawabnya melambung dan boleh bawa maut.

Baca: YB Ambil Gambar Atas Jalan Raya Sebagai Tanda Protes

“Takkan hendak tunggu sampai benda buruk terjadi baru ambil tindakan. Alhamdulillah selesai tanggungjawab saya kepada rakyat, khususnya pengguna yang melalui jalan itu,” kata Abu Bakar yang dipetik portal AgendaDaily.

Beliau mengaku sengaja duduk di situ dekat Jalan Bukit Berlian dalam kawasan Parlimen beliau dengan keadaan berdoa itu selepas tiada pihak tampil melakukan penurapan walaupun masalah itu berlarutan sejak sebulan lalu.

“Mungkin dengan cara viral (tular) begini lebih berkesan… Tidak sampai 12 jam gambar saya berada di hadapan lubang itu dimuat naik kali kedua hari ini (semalam), akhirnya semua siap ditampal dan turap,” kata Abu Bakar lagi.

Terdahulu, tiga keping gambar yang dimuat naik menerusi akaun Facebook peribadinya mendapat hampir 1,000 tanda ‘like’ serta 252 komen reaksi muncul daripada netizen sama ada yang bersifat pro selain juga kontra.

Beliau turut menulis keterangan: “Pukul 10.40 pagi, saya berdoa, ada Datuk Bandar ke? Pegawai Daerah ke? Ahli Majlis Perbandaran ker? datang melihat lubang di Jalan Bukit Berlian semakin membesar.

“Dan menggunakan kuasa mutlak mereka yang ada untuk dapat menampal jalan ini sebelum ada warga Tangga Batu yang patah kaki atau tercedera. Ya Allah makbulkan permohonan hamba mu ini… Amin.”

Apapun pokok pangkalnya, pihak berkuasa setempat seperti Pejabat Daerah, majlis kerajaan tempatan dan sebagainya harus peka untuk bertindak segera pada aduan lebih-lebih lagi libatkan keselamatan orang ramai.

Jangan pula nanti kalangan YB BN di seluruh negara kena fikir aksi yang lebih kreatif untuk desak tindakan segara terhadap aduan mereka sendiri sebagai wakil rakyat yang tidak dilayan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Abu Bakar Mohamad DiahTangga Batu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BERSATU Tangga Batu Bergolak?

29/07/2019
0

MELAKA - Mesyuarat Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) membabitkan beberapa cawangan dalam Bahagian Tangga Batu di sebuah hotel di...

YB Ambil Gambar Atas Jalan Raya Sebagai Tanda Protes

20/02/2018
0

GARA-GARA aduan jalan berlubang tidak diendahkan pihak bertanggungjawab, seorang lelaki dilihat membuat aksi luar biasa bagi meraih perhatian pihak berwajib....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd