Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengucapkan...

STING Tahan 9 Warga...

KUALA LUMPUR - Sembilan warga Nigeria disyaki terlibat dalam pengedaran dadah di sekitar...

Bakar Mayat Dalam Kereta...

BANTING - Polis meminta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga supaya tampil bagi mengecam...

Dua Lelaki Dibelasah Angkara...

Kuala Lumpur - Jelingan membawa padah. Itu nasib malang menimpa dua lelaki yang...

35 Anggota ‘Geng 360’ Didakwa Di Johor

JOHOR BAHRU – Seramai 35 anggota kumpulan kongsi gelap ‘Geng 360’ dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membantu dan menjadi anggota kumpulan jenayah terancang.

Kesemua tertuduh mengangguk faham semasa pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Jailani Rahman.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, 35 tertuduh berumur antara 20 dan 69 tahun didakwa menjadi anggota kumpulan jenayah terancang Geng 360 sejak tiga tahun lalu antara 1 Januari 2015 hingga 14 Januari lepas di Johor Bahru Selatan.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun.

Mereka yang dituduh ialah Ong Hwee Hau, Koh Xiang Ming, Sau Kah Kwee, Eugene Chian Tow Shen, Welson Chuah Yue Hua, Tan Chee Hong, Gan Jia Ji, Tan XiaNG Wei, Ng Soon Kiat, Lim Heng Kiaw, Leong Wen Hao, Yip Ka Hao, Seow Hwee Kiang, Fung Ka Siong, Chuah Kah Tat, Mah Jia Fei, Lai Kah Fei, Ng Zhen Lun, Wong Jing Wei, Benny Chang Xin Hao, Liew Yun Choy, Lim Wen Hao.

Kesemua mereka diwakili peguam masing-masing.

Manakala Yap Boon Chuan, Lew Kai Yann, Dinesh A/L Balakrishnen, Kok Kar Ting, Lim Thiam Poon, Eric Mah Wai Soon, Tan Hong Chai, Fong Ling Chiow, Leong Zhong Hen, Lee Boon Hui, Jacky See Jiin Long, Lau Fook Shoon tidak diwakili peguam.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh Tan Xiang Wei, 22, didakwa atas kesalahan membantu kumpulan jenayah terancang bagi mencapai kepentingan kumpulan itu.


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan Akta 574 yang boleh dipenjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diwakili peguambela Freda Josephine Gonzalez dan Jason Tan Ka Yan.

Pendakwaan kes pula dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin dan Muhammad Fadzlan Mohd Noor.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Terdahulu, semua tertuduh dibawa menaiki trak polis kira-kira 8 pagi dengan dikawal ketat anggota polis bertugas di sepanjang laluan ke kompleks mahkamah hingga ke Mahkamah Sesyen 3 di sini.

Kumpulan wartawan juga hanya dibenarkan masuk selepas menunjukkan pas perakuan media. – BERNAMA

Kategori